KUALA LUMPUR: Sebagai sebahagian daripada institusi Parlimen, Speaker atau Yang di-Pertua Dewan tidak boleh dikawal oleh badan Eksekutif, kata Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.
Beliau yang menjawat jawatan Speaker Dewan Rakyat antara Julai 2018 hingga Julai 2020 itu berkata, konsep yang diguna pakai sejak kemerdekaan ialah Demokrasi Berparlimen, yang menitikberatkan pengasingan kuasa antara Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman.
Atas sebab itu Mohamad Arif menegaskan, seseorang yang dilantik itu tidak seharusnya menjadi ejen kepada badan Eksekutif.
“Berdasarkan perasingan kuasa, kita mempunyai cabang yang saksama … tanpa Legislatif tak akan ada Eksekutif, dan Legislatif diperlukan untuk membentuk Eksekutif. Kerana kerajaan tidak lahir begitu sahaja, ia wujud daripada Ahli-ahli Parlimen terpilih, ketua parti atau gabungan parti.
“Dalam realiti, kita harus mencantumkannya dengan proses politik. Tetapi ia harus berlaku dalam suasana kerjasama (cooperative), bukan dengan cara berperang (combative). Kerajaan dan Legislatif harus saling hormat-menghormati,” katanya lagi.
Mohamad Ariff berkata demikian ketika membincangkan bukunya bertajuk ‘Parliament, Unexpected: Recollections of Parliament, Politics, and Pandemic in Malaysia’dalam sesi Speaker’s Truth anjuran Demokrat Universiti Malaya, di sini hari ini.
Bercakap mengenai perjalanan Parlimen di bawah kelolaannya, beliau berkata, masih banyak perkara yang harus dilakukan bagi memastikan ia lebih berkesan di masa akan datang.
Mohamad Ariff berkata, banyak agenda reformasi yang telah disusun, seperti mewajibkan Perdana Menteri menjawab soalan dalam sesi tertentu, merakyatkan Parlimen, mewujudkan hubungan antara badan-badan bukan kerajaan (NGO) dengan Ahli-ahli Parlimen.
Selain itu, katanya lagi, beliau juga berjaya mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, namun mengakui, sebahagian besar agenda reformasi Parlimen itu terhenti akibat 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan pertukaran kerajaan selepas 22 bulan Pakatan Harapan memerintah.
“Apabila Langkah Sheraton terjadi, sudah semestinya saya berasa agak kecewa, banyak perkara terjejas apabila kerajaan bertukar. Sedangkan agenda reformasi Parlimen ketika itu sudah berjalan dengan baik.
“Jadi apabila kerajaan bertukar, saya berkata saya tidak akan berhenti daripada menjadi Speaker. Namun jika mereka ingin saya berhenti, maka ia harus dilakukan dengan mengikut aturan dalam Parlimen,” katanya lagi.
Mohamad Ariff berkata, beliau dimaklumkan kerajaan baharu tidak begitu senang dengan cara beliau melakukan tugas sebagai Speaker, yang pada pandangan mereka agak bebas berbanding Speaker sebelum ini.
Mengulas lanjut, anak Kedah berkelulusan undang-undang dari London School of Economics itu berkata, berharap dapat melihat lebih ramai Ahli Parlimen yang lebih muda, kerana mereka lebih bersikap Egalitarian, iaitu mempercayai prinsip kesaksamaan untuk semua.
Firdaus Azil
Sat Jun 04 2022
Mohamad Ariff berkata, konsep yang diguna pakai sejak kemerdekaan ialah Demokrasi Berparlimen, yang menitikberatkan pengasingan kuasa antara Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman. - Gambar/ Bernama
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Speaker bukan ejen badan Eksekutif, tidak boleh dilihat seperti dikawal kerajaan - Mohamad Ariff
Konsep yang digunapakai sejak kemerdekaan ialah Demokrasi Berparlimen, perasingan kuasa antara Eksekutif, Legislatif, dan Kehakiman.
Parlimen Hibrid: Mudah kawal, 'mute' mikrofon wakil rakyat yang ganggu sidang - Mohamad Ariff
Dalam prosiding fizikal, ada yang berdiri, teriak sana sini, maki hamun, mencaci dan sebagainya hingga wujudnya keadaan yang tidak terkawal.
Usul pengosongan jawatan Speaker, pembangkang dakwa tidak diberi masa cukup
Tun Dr Mahathir Mohamad bersama lima lagi Ahli Parlimen mendakwa pembangkang juga dinafikan hak mengemukakan calon Yang Dipertua.
Mohamad Ariff akur digugurkan sebagai Speaker Dewan Rakyat
Mohamad Ariff berkata sejak dari awal beliau telah menjelaskan bahawa akan mengosongkan jawatan tersebut sekiranya ia dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Nga Kor Ming letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Kor Ming menjelaskan keputusan itu dibuat tanda solidariti terhadap Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof yang telah digugurkan dari jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Usul tukar Yang Dipertua Dewan Rakyat, Kerajaan hadapi tentangan
Usul kerajaan untuk Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat mendapat tentangan hebat dari pihak pembangkang.
Dewan Rakyat bentang SOP persidangan kekang COVID-19
Mohamad Ariff berkata SOP yang disediakan adalah bagi membolehkan kesemua ahli Dewan Rakyat bersidang dengan selamat dan terkawal.
Perlu berani ubah persepsi Speaker Dewan Rakyat hanya pro-Kerajaan
Selain berperanan meluluskan dasar dan undang-undang, Parlimen juga harus menyemak dan mengimbang pentadbiran kerajaan.
Ahli Parlimen PH bantah usaha tukar Speaker Dewan Rakyat, timbalan
Majlis Setiausaha PH menegaskan tidak wujud keperluan sama sekali untuk menukar Mohamad Ariff dan Kor Ming yang telah berkhidmat dengan adil dan saksama.
Mohamad Ariff sahkan terima usul cadang khidmat beliau sebagai Speaker ditamatkan
Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan telah menerima usul mencadangkan supaya khidmat beliau sebagai speaker Dewan Rakyat ditamatkan.