awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
APEC: Permintaan elektrik di negara anggota diunjur melonjak menjelang 2060
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Srikandi cadang 30 peratus calon wanita pada PRU15, tubuh Bank Pembangunan Wanita - Rina Harun

Fareez Azman
Fareez Azman
28/11/2020
04:00 MYT
Srikandi cadang 30 peratus calon wanita pada PRU15, tubuh Bank Pembangunan Wanita - Rina Harun
Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun berucap dalam Ucapan Dasar Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu secara dalam talian pada Sabtu. - Bersatu
KUALA LUMPUR:Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Rina Mohd Harun mencadangkan agar 30 peratus kuota diberikan kepada calon wanita dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.
Jelasnya, ia membuka peluang kepada golongan wanita untuk menjadi pemimpin dalam parti serta menjadi wakil rakyat.
"Saya mahukan, kuota sebanyak 30 peratus diberikan kepada calon wanita pada PRU ke-15 nanti. Saya akan pastikan kuota ini ditunaikan dan calon-calon wanita nanti akan diberi kawasan strategik untuk menang, bukan diletakkan di kawasan asal muat.
"Saya yakin, rakan-rakan sayap wanita rakan sekutu kita seperti Muslimat Pas sama-sama mahukan perkara ini tertunai," jelasnya dalam Ucapan Dasar sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada pagi Sabtu.
Tambahnya, Srikandi perlu terus memperkasakan dan melatihkan diri untuk menjadi seorang pemimpin yang terbaik di mata rakyat.
"Dengan ini saya menyeru seluruh Srikandi untuk terus memperkasakan diri untuk menjadi bakal wakil rakyat nanti. Kita akan adakan kursus Kepimpinan Srikandi untuk melatih pelapis-pelapis negara. Saya juga mahukan calon yang menang, bukan sekadar menjadi calon sahaja," katanya lagi.
Dalam pada itu, Rina turut menyatakan hasrat agar satu Bank Pembangunan Wanita dapat ditubuhkan bagi memanfaat golongan wanita dalam khidmat nasihat kewangan.
"Oleh kerana itu, adalah bagus jika kita punya sebuah bank khas untuk golongan wanita. Menjadi salah satu hasrat saya untuk menubuhkan Bank Pembangunan Wanita yang dapat memanfaatkan golongan wanita terutamanya dalam memberi khidmat nasihat kewangan dan perniagaan, rundingan kewangan, latihan keusahawanan serta mewujudkan perkhidmatan kemudahan seperti pinjaman khas kepada golongan wanita.
"Ia dalam agenda pembangunan ekonomi wanita, yang mana akan lebih berfokus dan berkesan," katanya lagi.
Terdahulu, Ketua Srikandi itu berucap secara maya yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Sabtu.
Ini merupakan kali pertama Perhimpunan Agung itu dilakukan secara dalam talian susulan pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#PPBM
#PAS
#Facebook
#PRU
#Rina Mohd Harun
#COVID-19
#Pandemik COVID-19
#Perhimpunan Agung Tahunan
#Bersatu
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan