awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yu Qi bertemu Kunlavut pada final Terbuka Malaysia 2026
UPSR, PT3 dikaji semula: Ahli akademik cadang penambahbaikan
76 pesakit dirawat sehari: Amaran serius kesihatan jantung rakyat Malaysia - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'STAR Sabah berpecah, beri kelebihan kepada parti KDM' - Wetrom

Astro Awani
Astro Awani
05/10/2025
04:15 MYT
'STAR Sabah berpecah, beri kelebihan kepada parti KDM' - Wetrom
Wetrom (kanan) berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PIlihanraya Parti KDM bagi DUN Matunggong, Bandau dan Tandek di Matunggong, Kota Marudu. - Astro AWANI
KOTA MARUDU: Tindakan Presiden Parti Solidariti Tanahairku (STAR Sabah) meninggalkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilihat memberi sedikit kelebihan kepada Parti Kesejahteraan Demoktratik Masyarakat (KDM).

Ringkasan AI
  • Tindakan Presiden STAR Sabah meninggalkan Gabungan Rakyat Sabah dilihat memberi kelebihan kepada Parti KDM, dengan Wetrom Bahanda menyifatkan gabungan PBS-STAR kini lemah dan berpecah.
  • KDM mengesahkan akan bertanding di 36 kerusi DUN, termasuk kawasan campuran dan majoriti Cina, bukan hanya tertumpu kepada masyarakat KDMR.
  • Wetrom menegaskan pencalonan dibuat atas permintaan rakyat dan penerimaan tempatan, walaupun KDM merupakan parti kecil, peluang tetap terbuka jika sokongan akar umbi kukuh.

Timbalan Presidennya, Datuk Wetrom Bahanda berkata, tindakan itu menunjukkan parti tersebut, yang dikatakan sebelum ini menjalin Pakatan dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) menerusi PBS-STAR, dilihat lemah dan berpecah.
"Di peringkat akar umbi rakyat Nampak kita kekal (Bersatu), kepimpinan dan cara kita (Bersatu). Tetapi di sebelah sana pula ada yang keluar, difahamkan ada yang tidak keluar... jadi mereka akan berpecah dan ini sedikit sebanyak akan memberi ruang kepada KDM," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Jentera Pilihanraya Parti KDM bagi DUN Matunggong, Bandau dan Tandek di Matunggong, Kota Marudu.
Selain itu, Wetrom mengesahkan KDM bertanding 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya sudah mengenal pasti calon yang layak dan boleh menang di 36 kerusi DUN tersebut selain tidak hanya menyasarkan DUN yang majoriti masyarakat Kadanzan Dusun Murut dan Rungus (KDMR) sebaliknya kerusi campur dan majoriti masyarakat Cina.
Tambah beliau, tindakan mencalonkan calon bertanding di 36 kerusi atau lebih itu dibuat adalah atas permintaan akar umbi selain penerimaan rakyat di sesuatu Kawasan tersebut.
"Sekarang ini yang sah bertanding ada 36 termasuk Pantai Manis (DUN) dan ada beberapa lagi yang masih dalam penilaian.
"Seperti yang saya katakana tadi, ini adalah permintaan akar umbi dan bukan sahaja permintaan... kita lihat dan kaji Kawasan itu, calon yang dicadang serta diketengahkan diterima oleh rakyat di sesuatu Kawasan berkenaan.
"Jadi kita melihat ada keperluan untuk kita bertanding lebih walaupun kita parti kecil tetapi jika rakyat memilih kita ini adalah peluang baik untuk KDM," katanya.
Topic Berkaitan
#STAR Sabah
#GRS
#KDM
#Wetrom Bahanda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan