POLITICS

'Step aside sir, it's time' - Khairy mahu Zahid undur diri

Firdaus Azil 15/12/2018 | 10:22 MYT
Khairy berkata, berkata sudah tiba masanya parti memilih presiden yang baharu. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin terus mendesak Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur, ekoran semakin ramai Ahli Parlimen mereka bertindak meninggalkan parti itu.
Melalui laman Twitter rasmi beliau, Ahli Parlimen Rembau itu berkata sudah tiba masanya parti memilih presiden yang baharu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Presiden UMNO, lepaslah jawatan... - Pemuda Kedah
BACA: Di mana logik Ahmad Zahid mahu bersama DAP?
Melalui satu lagi kenyataan ringkas di Twitter pada Jumaat, beliau turut menggesa agar pemilihan parti baharu diadakan secepat mungkin.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketua Pemuda UMNO Ampang, Zulkifli Rajalie sebelum ini dilaporkan meminta Ahmad Zahid melepaskan jawatannya selewat-lewatnya sebelum fajar tahun baharu 2019 lantaran gagal memberi hala tuju kepada parti selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Beliau berkata, Presiden UMNO itu seharusnya menyedari beliau tidak lagi mendapat kepercayaan dari pemimpin dan ahli akar umbi untuk mengemudi parti ke arah yang lebih baik.
#Ampang #Khairy Jamaluddin #Parlimen #Pemuda UMNO #PRU #Twitter #UMNO #Zahid Hamidi