TINGGAL enam hari untuk semua parti dan calon berkempen bagi menawan hati pengundi menjelang 19 November dan kehangatannya semakin meningkat.

Dengan hari mengundi yang semakin hampir, kami telah bertanyakan kepada pembaca dan penonton Astro AWANI mengenai kecenderungan, serta isu-isu berkaitan pilihan raya di pelbagai platform kami.

Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - Anda sudah tahu, siapa anda bakal undi 19 Nov ini?

Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Sabtu.

Daripada 4,221 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati majoriti responden menyatakan mereka sudah tahu siapa calon yang bakal diundi pada 19 Nov ini.

Sebanyak 92 peratus memilih 'ya', diikuti 2 peratus 'tidak', manakala 6 peratus 'tidak pasti'.

Mengangkat tema 'Malaysia Memilih' sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.

Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.

Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.

Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.

Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.

Mengangkat tema "Malaysia memilih" sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.