JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang kini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengumumkannya.
Suhaizan yang juga Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, jawatan dalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu perlu diisi segera berikutan isu kenaikan harga barang yang masih berlaku ketika ini.
"Namun ini tidak bermakna kekosongan jawatan Menteri KPDN susulan Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia seharusnya diberikan kepada parti itu.
"Dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan pada November lalu, Perdana Menteri telah memperuntukan kuota dua jawatan menteri dan dua jawatan timbalan menteri kepada pemimpin dari Amanah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Keluarga Sejahtera Sempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan Negeri Johor di Program Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah 2 di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Suhaizan yakin Anwar akan berpegang kepada kuota yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu dua jawatan menteri dan dua timbalan menteri kepada Amanah.
"Jawatan menteri apa untuk Amanah itu terpulanglah kepada Perdana Menteri yang mempunyai kuasa prerogatif untuk melantik sesiapa sebagai menteri," katanya.
Pada Jumaat, Anwar dilaporkan berkata, beliau sudah ada calon yang sesuai untuk mengisi portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian penyandangnya, Salahuddin pada Julai lalu.
Anwar bagaimanapun tidak mendedahkan butiran individu yang dimaksudkan dan menjelaskan calon itu akan diumumkan secepat mungkin.
Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada malam 23 Julai lalu, setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
Ditanya mengenai pemilihan Jawatankuasa Nasional Amanah sesi 2023-2026, Suhaizan berkata, beliau bersedia memikul tanggungjawab jawatan pimpinan utama sekiranya dipilih dalam pemilihan tersebut, serentak penganjuran Konvensyen Nasional Amanah 2023 pada 22 hingga 24 Disember ini.
Katanya, pencalonan bagi pemilihan itu dibuat menerusi mesyuarat tahunan parti di peringkat cawangan dan negeri sebelum Konvensyen Nasional Amanah bermula.
"Mencalonkan diri sendiri bukanlah satu budaya dalam Amanah, ia terpulang kepada pimpinan yang akan dilantik.
"Dalam konvensyen itu para perwakilan akan memilih 27 orang dan kemudian dalam mesyuarat kumpulan ini bersama ketua sayap Wanita, Pemuda dan Wardah (Wanita Muda) akan memilih dan memutuskan siapa menjadi presiden, timbalan dan sebagainya," ujarnya.
Kira-kira 1,000 perwakilan melibatkan 190 kawasan layak memilih untuk pemilihan 27 jawatan pimpinan utama itu dalam Konvensyen Nasional Amanah 2023 yang bermula 22 hingga 24 Disember ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 25 2023
Suhaizan (empat, kiri) menyampaikan sumbangan makanan daripada Pasaraya Econsave kepada penduduk di PPR Melana Indah 2, Johor Bahru, pada Sabtu. - Gambar/ Sinar Harian
Bantuan awal persekolahan jadi sinar kehidupan pelajar B40
Ibu kepada empat orang anak menarik nafas lega apabila kesemua anaknya yang masih bersekolah mendapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP) menerusi inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2024. Hajibah Alan dapat memenuhi keperluan dua anak-anaknya yang masih bersekolah.
Unifil amat bimbang dengan keselamatan anggota
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan anggota-anggota pengamannya yang cedera akibat serangan Israel di selatan Lubnan. Majlis ini juga berkali-kali menyatakan pendirian agar kedamaian dan keselamatan dikembalikan di rantau itu dengan segera.
Perbicaraan Andrew dan Tristan Tate belum diputuskan
Dua pempengaruh media sosial terkenal, Andrew Tate dan adiknya Tristan Tate yang ditahan atas dakwaan jenayah penyeludupan manusia, merogol dan membentuk kumpulan jenayah terancang tampil buat pertama kali menantikan tarikh perbicaraan mereka yang sehingga kini belum ditentukan. Kedua-dua adik beradik ini tegas menafikan setiap pendakwaan yang dibuat terhadap mereka dan menyatakan bahawa mereka tidak wajar ditahan jika tiada bukti sahih yang menunjukkan mereka bersalah.
Lelaki ditemui selepas 67 hari terapung di laut Okhotsk
Seorang lelaki yang terapung di tengah laut bersama dua jasad ahli keluarganya selama lebih dua bulan diselamatkan selepas ditemui oleh kapal nelayan. Kapal dikenali sebagai 'Angel' itu membawa pulang lelaki bernama Mikhail Pichugin berusia 46 tahun, dengan jasad abang dan anak buahnya yang masing-masing berusia 49 dan 15 tahun.
Lelaki ditemui selepas 67 hari terapung di laut Okhotsk
Seorang lelaki yang terapung di tengah laut bersama dua jasad ahli keluarganya selama lebih dua bulan diselamatkan selepas ditemui oleh kapal nelayan. Kapal dikenali sebagai 'Angel' itu membawa pulang lelaki bernama Mikhail Pichugin berusia 46 tahun, dengan jasad abang dan anak buahnya yang masing-masing berusia 49 dan 15 tahun.
‘Goodbytz' guna robot sedia makanan buat staf hospital
Ramen, Gnocchi, Pho, Mee Udon, nasi goreng, pasta. Ada macam-macam makanan yang disediakan di hospital Universiti Tuebingen di Jerman. Namun, apa yang menarik? Makanan-makanan ini disediakan oleh robot sepenuhnya.
Lelaki lepaskan tembakan rambang di lebuhraya Tel Aviv
Seorang individu melepaskan tembakan rambang di lebuhraya selatan Tel Aviv, Israel membunuh anggota polis dan beberapa individu.
Israel 'tutup' Gaza, usir penduduk secara besar-besaran
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa Israel sedang menutup sepenuhnya Gaza Utara dan mungkin melaksanakan pemindahan besar-besaran penduduk awam, yang boleh dianggap sebagai jenayah perang.
KPM beri guru, sekolah autonomi dalam pelaksanaan ujian akhir sesi akademik 2024/2025
Kementerian Pendidikan memberikan autonomi kepada guru dan sekolah dalam pelaksanaan ujian akhir sesi akademik bagi sesi 2024/2025 sebagai langkah penambahbaikan dan pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Pesawat A330NEO ditangguhkan, dijangka tiba akhir november 2024
Pada asalnya, pesawat itu dijadualkan untuk penghantaran pada September 2024, namun kini dijangka tiba pada akhir November 2024.
Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Suhaizan selesai angkat sumpah jawatan Ahli Parlimen Pulai
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.
PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan
Suhaizan menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan termasuk di kerusi Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti.
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu
PRK Pulai: Cadang tambah lokasi jualan Rahmah di kawasan B40 - Suhaizan
Ini sekali gus meneruskan kesinambungan inisiatif yang diperkenalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Polis akan panggil Muhyiddin dalam masa terdekat
Polis menerima dua laporan terhadap Muhyiddin berhubung ucapannya berkaitan 'fatwa' haram mengundi calon PH pada PRK Parlimen Pulai.
Pengundi Cina di Pulai perlu sokong Suhaizan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, Suhaizan merupakan calon yang baik dan boleh memberi perkhidmatan terbaik untuk warga Pulai.
PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai
Pakatan Harapan (PH) meletakkan bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Suhaizan Kayat, manakala Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar.
PRN Johor: Hasni beri bayangan PRN, Suhaizan nafi terima surat pembubaran DUN
Suhaizan dipetik beberapa media sebagai berkata, beliau tidak menerima sebarang surat seperti yang didakwa portal tersebut.