awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak pernah lepas peluang mengundi sejak merdeka

Sinar Harian
Sinar Harian
07/10/2023
02:45 MYT
Tak pernah lepas peluang mengundi sejak merdeka
Zakaria, 92, antara pengundi warga emas yang ditemui di SK Pelangai, Bentong pada Sabtu. - Gambar SINAR HARIAN
BENTONG: "Selagi masih sihat, selagi itu saya akan turun mengundi," kata seorang warga emas, Zakaria Tahar, 92, dari Kampung Chemomoi, di sini.
Warga emas itu ditemui selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pelangai di sini pada Sabtu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Menurutnya, peluang untuk mengundi tidak pernah dilepaskan sejak merdeka hingga kini.
"Rugi kalau tak mengundi, lagi pun badan masih sihat, jadi hari ini saya datang bersama isteri.
"Semangat tetap ada dan syukur masih berpeluang mengundi hingga kini," kata bapa kepada seorang anak dan memiliki empat cucu itu.
Ujar warga emas itu lagi, walaupun kini berdepan masalah penglihatan dan pendengaran, dia bersyukur kerana tidak berdepan masalah kesihatan lain. - Sinar Harian
Dapatkan keputusan terkini PRK Pelangai di sini
Topic Berkaitan
#PRK Pelangai
#warga emas
#Kampung Chemomoi
#mengundi sejak merdeka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan