Tan Sri Muhyiddin kembali ke Dewan Rakyat

Hafiz Marzukhi
Ogos 14, 2018 05:06 MYT
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) yang juga Ahli Parlimen Pagoh hadir di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini hadir di Dewan Rakyat bagi sesi mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tersebut dilihat ceria dan tersenyum ketika menyapa Jemaah Menteri serta Ahli Parlimen yang lain.
Ketika ditemui di lobi Parlimen selepas sesi mengangkat sumpah, beliau menyatakan bahawa beliau masih belum boleh kembali ke jadual biasa secara sepenuhnya.
"Saya telah diberi nasihat oleh doktor untuk menjalani beberapa rawatan seperti fisioterapi dan kemoterapi," kata Muhyiddin.
BACA: Muhyiddin kembali bertugas minggu hadapan
Muhyiddin telah menjalani pembedahan di Singapura pada 12 Julai dan telah mengambil cuti sakit selama sebulan.
BACA: Muhyiddin mungkin jalani kemoterapi - Tun M
#Ahli Parlimen Pagoh #angkat sumpah #Bersatu #Dewan Rakyat #Menteri Dalam Negeri #Muhyiddin Yassin #Parlimen #Parti Pribumi Bersatu Malaysia #Presiden Bersatu