KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menyangkal tuduhan kononnya tindakannya dan sembilan lagi ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai mengkhianati parti.
Jalaluddin berkata, selepas UMNO dan BN memutuskan pendirian terakhir untuk menyertai Kerajaan Perpaduan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kesemua mereka akur dengan terus menarik balik SD tersebut.
Malah, katanya, keputusan awal mereka untuk menandatangani SD adalah selaras dengan naratif parti pada ketika itu.
"Saya tidak fikir itu satu perkara yang membelakangkan parti atau boleh dikatakan mengkhianati parti. Khianat kepada parti ialah kita bersama dengan parti pembangkang untuk mengalahkan calon BN ketika kita menghadapi PRU15. Itu khianat kepada parti.
"Ketika kita menghadapi PRU15, kita berusaha sebaik mungkin untuk menangkan BN. Saya bertanding atas tiket BN. Apabila parti buat keputusan, kita akur," katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Sayap-Sayap UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini pada Khamis.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu mendedahkan 10 ahli Parlimen BN termasuk daripada UMNO menandatangani SD menyokong pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN merangkap Timbalan Perdana Menteri membuat pendedahan berkenaan ketika berucap pada sesi taklimat khas Presiden UMNO yang diadakan secara tertutup sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.
Jalaluddin menegaskan, beliau dan sembilan ahli Parlimen berkenaan hanya boleh dianggap mengkhianati dan membelakangkan parti sekiranya tetap kekal dengan pendirian menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, selepas UMNO dan BN sudah memutuskan menyertai Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).
"Saya tidak nampak sudut negatif dalam ucapan Presiden atau Timbalan Presiden. Kita kena teliti apa isi ucapannya, iaitu UMNO kena bergerak ke hadapan dengan satu konsep perpaduan dan solidariti.
"Perkara yang sudah berlaku mesti dijadikan satu sempadan dan pengajaran untuk setiap pemimpin serta akar umbi supaya meletakkan parti sebagai satu keutamaan.
"Ini ucapan yang lebih realistik, futuristik dan memiliki visi yang menampakkan perjalanan ke hadapan yang lebih jelas," ulas beliau.
Sementara itu, Ahmad Zahid sedia memaafkan 10 ahli Parlimen partinya yang menandatangani SD bagi menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 lalu.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, beliau bersama-sama Lembaga Disiplin UMNO akan tetap memantau pergerakan ahli-ahli Parlimen terlibat.
"Oleh kerana perkara itu telah berlalu dan kini mereka telah bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan, saya telah memaafkan apa yang berlaku.
"Saya akan terus bersama-sama dengan Lembaga Disiplin melakukan pemantauan terhadap pendirian mereka sama ada mereka melakukan mana-mana gerakan.
"Tetapi saya yakin mereka akan tetap bersama-sama dengan UMNO dan BN dalam mendokong Kerajaan Perpaduan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan ke reruai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sempena PAU 2022 pada Khamis. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 12 2023

Jalaluddin berkata keputusan awal mereka untuk menandatangani SD adalah selaras dengan naratif parti pada ketika itu. -Gambar fail/Bernama

Kereta klasik Beetle, van Kombi Volkswagen kini koleksi berharga
Kereta jenis Beetle dan van Kombi daripada pengeluar kereta utama Jerman, Volkswagen itu kini menjadi koleksi berharga.

Kes selesema melonjak di Australia
Kes influenza di Australia melonjak lebih 40 peratus dalam tempoh dua minggu ketika negara itu menghampiri musim sejuk.

Tiga kereta di bahu jalan musnah terbakar
Kebakaran itu tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Iktiraf Presiden PBM: Zuraida gagal dapat kebenaran mahkamah
Zuraida Kamaruddin gagal mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi supaya RoS mengiktirafnya sebagai Presiden PBM.

PBB kutuk Israel bunuh kanak-kanak Palestin
PBB menggesa pihak berkuasa Israel supaya mengambil tindakan ke atas "mereka yang bertanggungjawab".

Simone Inzaghi label Man City 'pasukan terkuat dunia'
Anak buah Pep Guardiola menjadi pilihan utama untuk melengkapkan treble sama yang dimenangi oleh Manchester United pada 1999.

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di Mukah
Warga emas berusia dalam lingkungan 80-an dan belum dikenal pasti identitinya itu dijumpai di bawah runtuhan rumah.

Cuaca panas: Suku Semaq Beri ikut adat kembali ke hutan
Sudah menjadi kelaziman bagi mereka meninggalkan kediaman masing-masing di Kampung Sungai Berua dan berpindah ke dalam hutan.

Pulau Pinang milik Kedah: PM sifatkan 'gelojoh kuasa', serah kepada Peguam Negara
Anwar menyerahkan siasatan terhadap kes tersebut kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan yang sesuai.

Anak menangis lihat Shukri Yahaya kemalangan, Ezzrin Loy mohon maaf, datang bawa hadiah
Tular video merakamkan kereta dipandu Shukri hilang kawalan selepas berlanggar dengan kenderaan yang didakwa dipandu Ezzrin.

Kualiti kewartawanan negara amat baik - Jalaluddin
Ujarnya, tanpa fungsi dan kewujudan para pengamal media ini, laporan dan informasi yang terkini dan sahih tidak dapat diberikan kepada rakyat yang memerlukan berita penuh komprehensif.

Tandatangan SD sokong Muhyiddin bukan khianat BN - Jalaluddin
Jalaluddin berkata keputusan awal mereka untuk menandatangani SD adalah selaras dengan naratif parti pada ketika itu.

Pasca PRU15: Kata sepakat sudah dicapai BN - Jalaluddin Alias
Jalaluddin bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada kesemua ahli Parlimen BN telah menandatangani SD untuk menyokong mana-mana calon PM.

Perlu Perhimpunan Agung UMNO semula kalau nak ubah pendirian - Jalaluddin Alias
Setakat ini tidak ada kerjasama diputuskan membabitkan sebarang gabungan termasuk Pakatan Harapan (PH).

Jalaluddin pilih Muhyiddin, mahu kerajaan perpaduan tanpa PH
Berpaksikan track record, beliau berprinsip sebuah kerajaan perpaduan tanpa Pakatan Harapan (PH) dibentuk menerajui kerajaan.

Peniaga, penjaja di KL digesa mohon lesen perniagaan sebelum 31 Dis
DBKL akan melaksanakan program pemutihan lesen perniagaan bermula 1 Januari tahun depan dan tiada sebarang kompromi selepas tempoh itu.

Pemilik Crackhouse Comedy Club disenarai hitam seumur hidup
Beberapa kelab yang dikesan menjalankan aktiviti serupa di sekitar ibu negara sedang dipantau dengan rapi.

Kelab komedi digantung sementara oleh DBKL, tiada lesen hiburan
Sebuah kelab di Kuala Lumpur yang digantung sementara operasinya oleh DBKL pada 10 Julai lepas didapati tidak mempunyai lesen hiburan selaras dengan Seksyen 17 Akta Hiburan 1992.

Kempen 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda' diharap tingkat eksport halal negara
Kempen bertujuan membantu usahawan tempatan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dalam meningkatkan jualan produk mereka.

'Task force' atasi isu kesesakan trafik Kuala Lumpur
Sebanyak 46.76 juta kenderaan dicatatkan dalam tempoh sebulan pada Disember tahun lalu berbanding 26.51 juta pada Disember 2019.