awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tanpa bantuan Kerajaan Perpaduan, Kelantan tidak mampu' - Anwar

Sinar Harian
Sinar Harian
23/07/2023
08:25 MYT
'Tanpa bantuan Kerajaan Perpaduan, Kelantan tidak mampu' - Anwar
Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan tidak mahu bersikap sombong sebaliknya menyatakan kebenaran. - Gambar/ Bernama
GUA MUSANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Kelantan tidak mampu membangunkan negeri tanpa bantuan Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan tidak mahu bersikap sombong sebaliknya menyatakan kebenaran.
"Begitu juga Perlis, jika kita tidak bantu beri peruntukan, nak bayar gaji pun tak mampu," katanya semasa berucap pada program Sentuhan Kasih Desa di Paloh 2, di sini pada Ahad.
Hadir sama ialah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut beliau, pemimpin kerajaan Kelantan dinasihatkan supaya tidak bercakap berlebih-lebihan memandangkan banyak bantuan daripada kerajaan Pusat disalurkan ke negeri itu.
Anwar dalam pada itu memohon ustaz yang ada dalam Pas supaya menegur pemimpin mereka dan tidak asyik mahu menghukum orang sahaja.
"Bila kita di pihak kerajaan bagi projek, mereka kata kita tipu, bagi peruntukan lebih kita zalim, kita bagi pandangan dan bercakap, mereka kata masuk neraka," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Kelantan
#Anwar Ibrahim
#Kelantan tak mampu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan