awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarikh baharu pemilihan semula MIC diputus minggu depan

Bernama
Bernama
11/12/2014
00:24 MYT
Tarikh baharu pemilihan semula MIC diputus minggu depan
Tarikh baharu pemilihan semula MIC diputus minggu depan
Tarikh baharu bagi pemilihan semula jawatan naib presiden MIC dan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) akan diputuskan selepas mesyuarat bersama presiden parti minggu hadapan, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Bercakap kepada pemberita di sini Rabu, beliau berkata Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dijangka kembali dari lawatan kerjanya di luar negara minggu hadapan.
Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Jumaat lepas mengarahkan MIC mengadakan pemilihan baharu bagi tiga jawatan naib presiden dan jawatankuasa kerja pusat serta bagi lapan bahagian - Bayan Baru, Bukit Gelugor, Subang, Bandar Baru Kulim, Taiping, Tambun, Sepang dan Jasin.
Berikutan itu, MIC menangguhkan mesyuarat agung tahunannya dijadualkan bulan ini bagi membolehkan pemilihan semula itu.
Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, berkata anggota MIC di setiap peringkat perlu bersikap lebih rasional, tidak mengikut emosi serta menghormati keputusan ROS.
"Dalam keadaan sekarang semua ahli perlu mempunyai sikap perpaduan dalam menghadapi situasi yang sukar serta mencabar ini," katanya.
Subramaniam berkata surat dikeluarkan ROS adalah satu peringatan kepada MIC bahawa ada beberapa kelemahan dan peraturan perlembagaan parti yang ROS berpendapat tidak dipatuhi dalam proses pemilihan.
"Ada 30 hingga 90 hari untuk memperbetulkan kekurangan itu.
"Perubahan drastik perlu dilakukan bagi memperkukuh semula parti demi tanggungjawab kepada kira-kira dua juta rakyat berketurunan India yang meletakkan kepercayaan kepada MIC," katanya.
Topic Berkaitan
#Dr S. Subramaniam
#MIC
#pemilihan semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan