awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA

Bernama
Bernama
21/04/2022
10:57 MYT
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ketua MCA Bahagian Pontian Datuk Tee Siew Kiong mengesahkan beliau telah dipanggil menghadiri perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Ketua MCA Bahagian Pontian Datuk Tee Siew Kiong mengesahkan beliau telah dipanggil menghadiri perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beliau berkata perbicaraan berkenaan diadakan secara dalam talian, esok.
"Apa yang saya lakukan hanya memohon maaf kepada penyokong dan pengundi secara peribadi serta memberi penjelasan kepada mereka mengenai kebenaran saya tidak dinamakan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri Johor.
"Oleh itu, saya tetap yakin saya tidak bersalah," katanya pada sidang media di pejabatnya di Danga Bay di sini hari ini.
Tee yang juga bekas Penasihat kepada Menteri Besar Johor ke-18 Datuk Hasni Mohammad juga mengesahkan ada menerima surat daripada MCA pusat bertarikh 6 April lepas memintanya hadir ke perbicaraan jawatankuasa itu.
Katanya, walaupun tidak dapat bertanding pada PRN Johor, beliau tidak pernah berputus asa malah terus memberi sokongan sepenuh hati dan membantu calon-calon Barisan Nasional (BN) di Pontian sepanjang tempoh berkempen.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang selama tiga penggal bermula 2004 itu turut menyatakan kesediaan berdepan sebarang tindakan bakal dikenakan terhadapnya.
Pada PRN Johor Mac lepas, daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, BN memenangi 40 kerusi dengan UMNO merangkul kejayaan di 33 kawasan, MCA empat manakala MIC tiga.
MCA menang empat kerusi iaitu Ling Tian Soon (Yong Peng), Tan Eng Meng (Pekan Nanas), Lee Ting Han (Paloh) dan Tan Chong (Bekok).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tee Siew Kiong
#Jawatankuasa Tatatertib MCA
#PRN Johor
#MCA
#Sidang media
#pilihan raya negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan