awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Pas menang di Karambunai, peluang politik baharu tersedia - Penganalisis

Asyraf Malik
Asyraf Malik
29/11/2025
22:40 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Pas menang di Karambunai, peluang politik baharu tersedia - Penganalisis
Kemenangan ini bukan sahaja penting kepada Pas, malah membawa mesej jelas tentang masa hadapan kerjasama politik dalam blok pembangkang dan Kerajaan Perpaduan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kemenangan Pas menerusi calon Datuk Aliakbar Gulasan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 disifatkan peluang mengubah jajaran politik parti itu yang berpotensi memberi kesan kepada landskap politik negara.
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya, Mohammad Tawfik Yaakub berkata, kemenangan tersebut bukan sahaja penting kepada Pas, malah membawa mesej jelas tentang masa hadapan kerjasama politik dalam blok pembangkang dan Kerajaan Perpaduan.
"Ini merupakan kejayaan pertama Pas di Sabah melalui calon ‘anak kandung’ parti, bukan lagi sekadar lantikan seperti sebelum ini.
“Ini adalah satu isyarat jelas kepada Pas, khususnya dalam konteks Perikatan Nasional dan kedudukan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Politik ini mudah, hari ini bermusuh, esok jadi kawan.
"Jika masih duduk dengan Bersatu yang asyik bergaduh dan Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee sendiri tewas di kawasan beliau, maka itu mesej jelas. Pas bukan sekadar perlu memikirkan jajaran politik baharu, tetapi perlu menerajui Perikatan Nasional," jelas Tawfik.
Beliau berkata demikian dalam program Sabah Memilih: Rise of The Voters di Astro AWANI pada Sabtu.
Tambah Tawfik, kemenangan ini membuka ruang kerjasama baharu yang boleh mengukuhkan Kerajaan Perpaduan, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
"Model digunakan di Sabah ini boleh memperkukuh Kerajaan Perpaduan menerusi penglibatan Pas iaitu elemen Melayu dapat diperkuatkan
"Apabila Parti Tindakan Demokratik (DAP) tewas lapan kerusi, itu isyarat jelas bahawa parti tidak boleh lagi bergantung kepada undi kaum Cina di setengah kawasan bandar. Maka perlu lihat konteks baharu," ujarnya.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#PAS
#Karambunai
#Datuk Aliakbar Gulasan
#Perikatan Nasional
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan