awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
Perarakan Tanglung kembali ke Labuan selepas berehat lebih sedekad, tarik ribuan pengunjung
Penilaian pasaran tingkat unjuran pertumbuhan Malaysia kepada 4.5-5.0 peratus tahun ini - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada ahli UMNO terlibat dalam penubuhan DAP di Parit - Saarani

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/09/2022
06:47 MYT
Tiada ahli UMNO terlibat dalam penubuhan DAP di Parit - Saarani
Saarani berkata, kumpulan orang Melayu yang menyertai DAP itu tidak pernah terlibat dengan mana-mana parti sebelum ini. - Gambar fail
IPOH: Tidak ada ahli UMNO menyertai parti DAP yang telah menubuhkan cawangan baharu di Parit yang dikatakan kubu kuat UMNO sejak beberapa pilihan raya umum lalu.
Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika mengesahkan perkara itu berkata, kumpulan orang Melayu yang menyertai DAP itu tidak pernah terlibat dengan mana-mana parti sebelum ini.
"Kita negara demokrasi, siapa-siapa pun boleh nak tubuh parti di mana-mana hatta sampai ke Sabah dan Sarawak. Yang kedua, saya percaya yang dikatakan menubuhkan DAP itu bukan daripada UMNO, bermakna orang Melayu yang belum berparti. Dia barangkali memilih parti yang bukan UMNO," kata beliau.
Beliau ditemui selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri di Stadium Indera Mulia di Ipoh, pada Selasa.
Beliau melihat penubuhan DAP Cawangan Parit itu bakal memberi saingan yang sihat kerana akan mendorong ahli UMNO bahagian tersebut untuk bekerja lebih kuat.
Minggu lalu, media melaporkan DAP Perak da­lam proses untuk menubuhkan cawangan parti itu di Parit, kawasan Parlimen yang majoriti­nya pengundi Melayu.
Lebih 300 orang telah mengambil borang keahlian dan setakat ini dikatakan lebih 200 borang telah dikembalikan untuk menyertai parti berkenaan.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook kemudiannya mengesahkan parti itu akan menubuhkan cawangan di Parit di Perak Tengah, kawasan pengundi majoriti Melayu.
Katanya, DAP Cawangan Parit akan diketuai orang Melayu kerana semua ahlinya terdiri daripada ahli Melayu.
Topic Berkaitan
#DAP
#cawangan Parit
#UMNO
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan