Tiada darurat: Annuar Musa junjung kasih titah Agong

Fareez Azman
Oktober 25, 2020 11:50 MYT
Annuar berkata usaha perlu dipertingkatkan untuk menguruskan pentadbiran negara dan usaha mengekang COVID-19. Gambar: Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan mengisytiharkan darurat di negara ini.
Menerusi ciapan di Twitter, Annuar yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menghargai keyakinan baginda terhadap keupayaan kerajaan menangani COVID-19.
"Teruskan tugas seperti mana di titah. Menjunjung kaseh (kasih) atas keyakinan yang begitu tinggi Seri Paduka Baginda Tuanku atas keupayaan yg telah di buktikan Kerajaan memerangi COVID-19.
"Usaha perlu di pertingkatkan lagi walau mungkin terus di ganggu dan politik terus tidak stabil...terus ke hadapan," katanya.

Teruskan tugas spt mana di titah.Menjunjung kaseh atas keyakinan yg begitu tinggi SPB Tuanku atas keupayaan yg telah di buktikan Kjaan memerangi COVID19.Usaha perlu di pertingkatkan lagi walau mungkin terus di ganggu dan politik terus tidak stabil...terus ke hadapan https://t.co/8RSfLEoHYM

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) October 25, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan, memaklumkan Al-Sultan Abdullah menitahkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara buat masa ini.
Setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah berasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.
BACA: Tiada keperluan isytihar darurat - Istana Negara
Baginda sebaliknya mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politiking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.
#Muhyiddin #Annuar Musa #Yang di-Pertuan Agong #darurat #UMNO #COVID-19 #Istana Negara #Sultan Abdullah