KUALA LUMPUR : Papan pemuka atau dashboard bagi Projek Daif yang memaparkan maklumat sekolah-sekolah daif di seluruh negara seliaan Kementerian Pendidikan sebenarnya dapat diakses.
Ini sekali gus, bercanggahan dengan kenyataan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik dalam sidang Dewan Rakyat pada Selasa, yang mendakwa dashboard berkatian projek itu 'tidak lagi berfungsi'.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, dalam jawapan beliau di Dewan Rakyat sejurus selepas Maszlee bertanyakan soalan itu, beliau telah mendapatkan data dari pautan terbabit dan dashboard berkenaan masih berfungsi.
"Sebenarnya baru saya semak dalam perbincangan kita menyediakan draf ini, kita sudah semak apa yang terdapat dalam dashboard. Pada waktu itu (ia) berfungsi. Let me check, kita selesaikan, perkara kecil sahaja.
"Kita tidak menyorok apa-apa pun dan kita sentiasa telus dan semua pihak boleh tengok apa yang kita laksanakan dalam konteks sekolah daif," katanya.
"Pada masa ini juga, kita memberi satu perhatian khusus kepada sekolah daif bagi memastikan supaya ianya dapat dilaksanakan dengan lebih cepat kerana dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, banyak penangguhan dalam konteks pelaksanaan pembinaan dan juga penambaikan sekolah-sekolah daif di seluruh negara," tegas Radzi lagi.
Dalam sidang yang sama, Maszlee turut menyuarakan, adalah tidak adil untuk mempersoalkan ketelusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini berbanding dengan kepimpinan sedia ada berhubung isu berkenaan.
"Dulu kita pernah ada dashboard untuk ceritakan perkembangan sekolah-sekolah daif supaya rakyat boleh memantau, supaya Ahli Parlimen (MP) kita boleh memantau.
"Peliknya, bila saya buka pautan kepada dashboard itu, sekarang ini tinggal Error 404. Maksudnya, dashboard telah tiada lagi.
"Jadi, untuk menyamakan ketidaktelusan di zaman Yang Berhormat Menteri, dengan di zaman kami, itu tidak benar sekali.
Maszlee dalam satu perkongsian di laman Twitternya berkata, rakyat mempunyai hak untuk memantau dan Kerajaan tidak mengamalkan ketelusan.
"Jadi saya minta tarik balik kenyataan tersebut. Kami ada dashboard, MP boleh pantau, rakyat boleh pantau, sekarang ini di zaman Yang Berhormat Menteri, adalah 404, tidak telus," katanya.
Bagaimanapun, pemerhatian Astro AWANI mendapati dashboard Projek Daif, dapat diakses seperti biasa.
Dashboard ini dimuatkan dengan kemas kini data dan maklumat terkini sekolah-sekolah daif yang dinaik taraf di bawah program pembaikan sekolah daif.
Ia boleh diakses di sini.
Nickyson Nyambar
Tue Oct 05 2021

Maszlee Malik dalam sidang Dewan Rakyat pada Selasa, mendakwa bahawa dashboard sekolah daif atau Projek Daif tidak lagi aktif ketika ini. - Gambar Astro AWANI

Pilihan raya Lubnan: Guterres gesa penubuhan kerajaan inklusif
Beliau mengharapkan pembentukan pantas kerajaan yang inklusif bagi memuktamadkan perjanjian dengan Tabung Kewangan Antarabangsa.

Pemain industri kreatif perlu berani, keluar dari kebiasaan untuk tembusi pasaran global
Pemain industri kreatif negara perlu berani untuk keluar daripada kebiasaan bagi membolehkan kandungan kreatif negara menembusi pasaran global.

AWANI Ringkas: Lima ditahan bakar mercun | Lagi cebisan manusia ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Empat emas diraih, Malaysia gagal perbaiki kedudukan keenam
Hari ke-10, Malaysia kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Pemilihan PKR: Maszlee Malik sahkan bertanding Ketua Cabang Simpang Renggam
Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik mengesahkan bertanding jawatan Ketua Cabang Simpang Renggam pada Pemilihan PKR 2022.
![[TIDAK RASMI] PRN Johor: Maszlee kalah di DUN Layang-Layang [TIDAK RASMI] PRN Johor: Maszlee kalah di DUN Layang-Layang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643173619_DrMaszleeMalik.jpg)
[TIDAK RASMI] PRN Johor: Maszlee kalah di DUN Layang-Layang
Calon Barisan Nasional (BN) UMNO, Abd Mutalip Abd Rahim yang mendapat 7,772 undi.

PRN Johor: Calon BN DUN Layang-Layang selesai mengundi
Bekas exco kerajaan negeri itu tiba di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Felda Layang-Layang sekitar 8.20 pagi.

PRN Johor: Maszlee nafi jadi calon MB
Calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang Maszlee Malik menafikan cakap-cakap politik kononnya beliau merupakan calon Menteri Besar.

MUDA nafi tolak pencalonan Maszlee di DUN Layang Layang
Muda dalam satu kenyataan pada malam Selasa memaklumkan, kenyataan itu adalah palsu dan dibuat mereka yang tidak bertanggungjawab.

PRN Johor: Maszlee calon PKR di DUN Layang-Layang
Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah majlis di Rengit, Johor.

PRN Johor: Sekiranya layak, Maszlee boleh dipertimbang sebagai calon Menteri Besar - Anwar
Setakat ini, PH belum ada perbincangan rasmi mengenai calon MB, tapi tak tolak kemungkinan mana-mana calon yang boleh diketengahkan.

Kenderaan rasmi saya Myvi dan terkini 'Aston Martin' - Maszlee
Vellfire yang dimaksudkan adalah milik Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Global (EMGS), agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika itu.

PRN Johor: Maszlee nafi terlibat rasuah, dakwa 'pembunuhan karakter'
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu menyifatkan dakwaan itu sebagai satu rekayasa berbaur fitnah.

SPRM nafi lakukan intimidasi terhadap Maszlee
Maszlee sebelum ini berkata beliau tidak menyangka tindakannya yang hadir semasa penyerahan memorandum tersebut mengakibatkan dirinya dipanggil polis untuk disoal siasat.