awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Agong pada Istiadat Pembukaan Parlimen
Pengarah ‘The Lion King’ Roger Allers meninggal dunia
Ketahanan bateri EV semakin baik, kajian tunjuk purata hayat cecah 13 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keperluan adakan PRK DUN Melor

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
09/08/2021
02:56 MYT
Tiada keperluan adakan PRK DUN Melor
Kekosongan luar jangka kerusi DUN N.23 Melor berlaku ekoran penyandangnya Md Yusnan Yusof yang meninggal dunia pada 30 April 2021. -Foto fail/BERNAMA
SPEAKER Dewan Negeri Kelantan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada keperluan mengisi kekosongan luar jangka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.23 Melor.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, pemakluman daripada Datuk Abdullah Yaakub pada 8 Ogos menyebut, keputusan itu diambil selepas berakhirnya Proklamasi Darurat 2021 dan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
Jelasnya, peruntukan perlembagaan mana-mana negeri berhubungan pilihan raya bagi pemilihan ke Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai kesan sepanjang tempoh darurat.
Namun di bawah Perkara 46(5) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, kekosongan sesuatu kerusi Dewan Negeri Kelantan perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan dua kerusi tersebut.
Katanya, seandainya kekosongan luar jangka itu dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh Dewan Negeri akan terbubar, mengikut Fasal (3), maka tiada keperluan mengisi kekosongan itu melainkan Speaker secara bertulis memberitahu SPR sebaliknya.
Kekosongan luar jangka kerusi DUN N.23 Melor berlaku ekoran penyandangnya Md Yusnan Yusof yang meninggal dunia pada 30 April 2021.
BACA: ADUN Melor Md Yusnan Yusof meninggal dunia
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#DUN Kelantan
#Dun Melor
#PRK
#Md Yusnan Yusof
#Ikmalrudin Ishak
#Ordinan Darurat
#N23
#pilihan raya
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan