awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada masalah jika PH mahu bincang dengan PN - Faiz Fadzil

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
16/03/2022
09:02 MYT
Tiada masalah jika PH mahu bincang dengan PN - Faiz Fadzil
Muhammad Faiz berpendapat, isu perbincangan antara dua gabungan tersebut sepatutnya dilihat dalam konteks yang lebih luas berbanding politik sempit yang menampakkan sikap ego sesetengah pihak. - Gambar Facebook Muhammad Faiz Fadzil.
KUALA LUMPUR: Anggota Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil menyifatkan sikap sesetengah pihak yang membangkitkan isu perbincangan antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sebagai kurang matang.
Muhammad Faiz berpendapat, isu perbincangan antara dua gabungan tersebut sepatutnya dilihat dalam konteks yang lebih luas berbanding politik sempit yang menampakkan sikap ego sesetengah pihak.
Katanya, selepas beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan, PH sepatutnya meramaikan sekutu untuk bertempur dengan satu musuh.
"Yang perlu kita bincangkan adalah mengenali siapa musuh dan membentuk satu kerjasama yang boleh menumbangkan musuh yang sama.
"Membangkitkan isu perbincangan dengan PN akan memberi gambaran negatif kepada rakyat seolah-olah PH masih tidak sedar kelemahan sendiri.
"Sama ada khemah besar, united front atau apa istilah sekalipun perlu diraikan dan diusahakan untuk menentang musuh yang satu," katanya kepada Astro AWANI.
Ujar beliau, strategi 'khemah besar' dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan usaha untuk menyatukan parti-parti yang menentang Barisan Nasional (BN).
Muhammad Faiz berkata, menerusi PRN Johor baru-baru ini, dilihat bukan hanya PH yang menentang BN tetapi PN juga turut sama melawan gabungan yang diterajui UMNO itu.
"Jika sudah terbukti strategi satu lawan satu merupakan formula yang boleh mengalahkan BN dalam PRU15, kenapa kita perlu bersikap ego menolak perbincangan?
"Kalau sekadar nak tunjuk kuat, tetapi tindakan yang dibuat akan menambah musuh, ia tidak akan membantu PH sebaliknya akan membuatkan kita lebih ditolak.
"Kita perlu mengembeleng seluruh kekuatan rakyat melibatkan semua kaum Melayu, Cina dan India, dan kekuatan ini jika dapat ditunjukkan, akan memberikan isyarat bahawa kita mampu membentuk sebuah kerajaan yang stabil.
"Apa sahaja syarat boleh dibincangkan, namun perkara asas adalah meletakkan perbezaan ke tepi dahulu dan fokus kepada agenda memastikan UMNO dan BN tidak berkuasa semula,” katanya lagi.
Selepas berakhirnya PRN Johor pada 12 Mac lalu, banyak pihak yang berpendapat bahawa PH dan PN serta parti-parti pembangkang yang lain perlu berbincang dan membentuk kerjasama untuk melawan BN dalam PRU15 nanti.
Topic Berkaitan
#Faiz Fadzil
#Parti Amanah Negara
#Amanah
#Pakatan Harapan
#Perikatan Nasional
#Khemah Besar
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan