awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pilih kasih, nepotisme dalam pemilihan UMNO - Hahasrin

Bernama
Bernama
21/06/2018
21:02 MYT
Tiada pilih kasih, nepotisme dalam pemilihan UMNO - Hahasrin
Hahasrin berkata di peringkat UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan negeri telah menyarankan supaya pemilihan kali ini dibuat dengan lebih terbuka. - Gambar fail
Keterbukaan UMNO dalam mempertandingkan semua jawatan pada pemilihan parti kali ini membuktikan tidak berlakunya elemen pilih kasih dan nepotisme dalam parti tersebut.
Ketua Pemuda UMNO Johor Hahasrin Hashim berkata ia sekali gus menyangkal dakwaan kononnya ada gerakan mengatur barisan kepimpinan yang disukai dalam parti.
"Ia tidak seperti (disangka) kononnya orang atas kata saya hendak orang ini dan orang itu. Tidak. Ia (pemilihan) adalah daripada akar umbi," katanya kepada pemberita selepas Sesi Pengenalan Calon Pergerakan Pemuda UMNO Johor di Ibu Pejabat Badan Perhubungan Umno negeri di sini, pada Khamis.
Hahasrin berkata di peringkat UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan negeri telah menyarankan supaya pemilihan kali ini dibuat dengan lebih terbuka.
"Ini bermakna mereka tidak akan memberi sebarang sokongan kepada mana-mana calon, sebaliknya hanya berharap calon dari Johor akan mendapat tempat dan dipilih anggota parti pada pemilihan itu," katanya. - Bernama
Topic Berkaitan
#akar umbi
#atur barisan kepimpinan
#calon
#Hahasrin Hasim
#Johor
#Mohamed Khaled Nordin
#nepotisme
#Pemilihan UMNO
#pemuda
#Pengerusi Badan Perhubungan
#pilih kasih
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan