PUTRAJAYA: Tiada pilihan raya kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Selangor, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata SPR telah menerima pemakluman daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ng Suee Lim melalui surat semalam berhubung status kekosongan luar jangka kerusi DUN Batang Kali selepas diisytiharkan kosong di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Ikmalrudin berkata berdasarkan kepada Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Bab 5 Perkara LXX (5), Speaker Dewan Negeri Selangor telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka itu.
"Selaras dengan itu, tiada PRK Bahagian Pilihan Raya Negeri N07 Batang Kali, Selangor akan dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Kerusi DUN Batang Kali diisytihar kosong
BACA: DUN Batang Kali: Harumaini pertimbang tindakan undang-undang
Pada 16 Feb lepas, Speaker DUN Selangor mengisytiharkan kerusi DUN Batang Kali kosong berkuat kuasa 28 Jan lepas ekoran penyandangnya Harumaini Omar daripada parti Pejuang tidak hadir ke sidang DUN Selangor melebihi tempoh enam bulan.
Harumaini didapati tidak hadir tanpa kebenaran Speaker pada keseluruhan Persidangan Dewan dari 23 hingga 30 Nov 2022, 1 hingga 2 Dis 2022 dan 5 hingga 6 Dis 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023
IKMALRUDIN: Selaras dengan itu, tiada PRK Bahagian Pilihan Raya Negeri N07 Batang Kali, Selangor akan dijalankan. - Gambar fail/BERNAMA
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
PRN Selangor: BN tidak tanding DUN Hulu Bernam
Perkara berkenaan dilakukan atas dasar mewujudkan keserasian dan kesatuan di antara parti yang membarisi Kerajaan Perpaduan.
Tiada PRK DUN Batang Kali - SPR
Tiada pilihan raya kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Selangor, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.