awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada satu sen pun masuk poket sendiri - Syed Saddiq

Sinar Harian
Sinar Harian
16/02/2022
22:04 MYT
Tiada satu sen pun masuk poket sendiri - Syed Saddiq
Syed Saddiq kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan sedutan video yang hanya berdurasi 10 saat untuk menabur fitnah. - Gambar fail
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dirinya dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) 'dibeli' oleh golongan ahli perniagaan kaya disebabkan sumbangan yang diterima.
Sebaliknya, beliau menegaskan semua sumbangan yang diterima pihaknya digunakan untuk membantu keluarga miskin di Muar termasuk mangsa-mangsa banjir.
"RM1.8 juta untuk Parlimen Muar, RM2 juta untuk mangsa banjir. Semua ini datang daripada puluhan ribu rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang berkuasa. Bukan 'tauke-tauke'.
"Saya dah post sebulan lepas, hari ini baru nak ungkit? Satu sen pun tak masuk poket untuk kegunaan sendiri
"Kutip sumbangan RM1.8 juta untuk Parlimen Muar, sudah disemak oleh syarikat audit Ernst & Young. Parlimen lain dah buat?
"Sumbangan RM2 Juta Misi Banjir MUDA, saya dah bentangkan," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Rabu.
Tular lagi fitnah kata saya dan MUDA dibeli oleh taukey-taukey kaya. Dah post sebulan lepas, hari ini baru nak ungkit? Saya nak tolong keluarga-keluarga Muar yang susah sahaja. Yang ada rumah banglo besar, duit berjuta, mana video? Jangan tuding jari, cermin diri sendiri. pic.twitter.com/Z2x9ek8ah8
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) February 16, 2022
Beliau turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan sedutan video yang hanya berdurasi 10 saat untuk menabur fitnah.
"Yang ada jet mewah peribadi, rumah banglo besar, duit berjuta-juta tak ada pula nak buat video?
"Pelik bin Ajaib! Jangan tuding jari, cermin diri sendiri," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#dibeli ahli perniagaan
#sumbangan
#keluarga miskin di Muar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan