awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sebarang keputusan Bersatu masuk Sabah - Tun M

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
08/02/2019
11:51 MYT
Tiada sebarang keputusan Bersatu masuk Sabah - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu hanya akan diputuskan dalam mesyuarat parti itu nanti selepas mengambil kira pandangan akar umbi. - Gambar fail/Astro AWANI
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum membuat sebarang keputusan sama ada parti berkenaan akan melebarkan sayapnya ke negeri Sabah.
Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu hanya akan diputuskan dalam mesyuarat parti itu nanti selepas mengambil kira pandangan akar umbi.
"Kita buat keputusan bila ada mesyuarat. Kita ada mesyuarat majlis dahulu," katanya ringkas.
Beliau berkata demikian sebgai mengulas kenyataan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya baru-baru ini bahawa Bersatu sedia membuka bahagian parti itu di Sabah.
Bagaimanapun menurut Marzuki, perbincangan mengenainya masih berlangsung bersama Parti Warisan Sabah (Warisan).
Katanya, sebarang pengumuman berkaitan hal itu hanya akan dibuat selepas selesai Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih pada 2 Mac ini.
BACA: Tumpu sahaja di Semenanjung, kata Shafie kepada Bersatu
BACA: Warisan mahu Bersatu hormati persetujuan tidak lebar sayap ke Sabah - Mohd Shafie
BACA: Bersatu akan hati-hati sebelum masuk Sabah, kata Muhyiddin
Sebelum ini, Tun Mahathir yang juga Perdana Menteri dilaporkan berkata bahawa parti itu tidak akan melebarkan sayapnya ke Sabah.
Namun, menurut beliau, Bersatu terbuka untuk disertai orang Sabah.
Tun Mahathir berkata demikian selepas Majlis Perhimpunan Perdana Perpaduan sempena Sambutan Hari Perpaduan Negeri Pulau Pinang dan Ulang Tahun Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang ke-15 di George Town pada Jumaat.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan Marzuki menipu kelayakan akademik, beliau enggan mengulas lanjut kerana belum mendapat maklumat lanjut mengenainya.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Dr Mahathir Mohamad
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Parti Warisan Sabah
#Sabah
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan