awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak boleh umum calon PM, nanti ada yang kecewa - Tun Mahathir

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
22/12/2016
23:07 MYT
Tidak boleh umum calon PM, nanti ada yang kecewa - Tun Mahathir
Tun Mahathir Mohamad (tengah) berpandangan sebarang cadangan berkaitan calon perdana menteri pihak pembangkang tidak perlu diumumkan sekarang - Foto Astro AWANI / Mohd Rizal Rahim
Pakatan pembangkang sepatutnya membuat keputusan secara kolektif dalam menentukan calon yang akan menjadi perdana menteri jika pakatan itu menang pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jika nama calon perdana menteri diumumkan pada ketika ini, ia akan menyebabkan kekecewaan dan perdebatan sesetengah pihak.
"Ia patut diumumkan oleh gabungan pakatan pembangkang. Jika mereka umumkan (awal), ada pihak yang akan kecewa sekali gus menyebabkan perdebatan antara kami. Buat masa ini kami tidak boleh umum Perdana Menteri," katanya selepas menghadiri Forum Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 di pejabat Malaysiakini, pada Khamis.
Ditanya bila masa yang sesuai untuk diumumkan, ini jawabnya.
"Mungkin semasa pilihan raya. Ia mesti keputusan popular oleh semua parti, bukan satu parti sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Pengarah Komunikasi, Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad yang mahu Pakatan Harapan membuat keputusan mengenai pilihan gabungan itu sebagai perdana menteri jika mereka memenangi pilihan raya bagi mengelakkan perebutan kuasa.
Tambahan Ahli Parlimen Shah Alam itu, perkara berkenaan mempunyai kepentingan orang ramai.
Topic Berkaitan
#Forum Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971
#Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
#Tun Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan