awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tidak elok pemimpin UMNO lepas geram di media sosial' - Syed Ali

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2021
02:20 MYT
'Tidak elok pemimpin UMNO lepas geram di media sosial' - Syed Ali
Kata Syed Ali, UMNO perlu kekal fokus kepada persiapan berdepan PRU15. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO disaran tidak menggunakan platform media sosial sebagai medium untuk melepaskan geram dan menyerang kepimpinan parti secara terbuka terutamanya melibatkan institusi presiden.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee menjelaskan, memang tidak dapat disangkal bahawa pemimpin dan ahli parti dibenarkan bersuara dan menyatakan pandangan serta pendirian masing-masing tetapi kaedahnya biarlah berhemah menerusi saluran parti.
"Tumpuan UMNO sewajarnya diberikan untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan yang tidak dijangka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana mana-mana parti politik akan menjadi mangsa serangan pesaing masing-masing.
"Parti yang lemah akan dilemahkan manakala yang kuat akan memperkuatkan diri sekuat yang boleh. Kerana itu, UMNO memerlukan kepada kebijaksanaan mengatur strategi," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Selasa.
BACA: Usaha melemahkan UMNO masih berterusan - Asyraf Wajdi
BACA: Tiada krisis dalam UMNO - Mahadzir Khalid
Dalam pada itu katanya, UMNO perlu kekal fokus kepada persiapan berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ujarnya, mimpi ngeri yang dilalui semasa PRU14 pada Mei 2018 sewajarnya menjadi pendorong kepada parti itu untuk bangkit semula dengan segala kekuatan yang ada.
"Ini kerana keyakinan rakyat terutama orang Melayu terhadap UMNO masih kekal utuh biarpun berlaku sedikit penghakisan kuasa dan sokongan.
"Pada hemat saya, UMNO masih mempunyai peluang untuk kembali sebagai parti yang disegani jika barisan kepimpinanannya sentiasa sekata dalam menangani pelbagai isu politik semasa.
"Saya bimbang jika kepimpinan UMNO menunjukkan sikap menunding jari dan meletakkan kesalahan kepada pihak lain, akan memberi impak negatif kepada penyokong dan pendokong parti di peringkat akar umbi," tegasnya.
Topic Berkaitan
#UMNO
#PRU14
#media sosial
#mangsa
#Melayu
#rakyat
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan