awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan kuota penggajian pekerja asing mulai 19 Januari - KDN
Hujan lebat berterusan di Sarawak bermula esok hingga 1 Jan - MetMalaysia
Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Taman Tasik Taiping
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak mustahil PRU-15 September ini - Khairy Jamaluddin

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/02/2021
11:56 MYT
Tidak mustahil PRU-15 September ini - Khairy Jamaluddin
Khairy menegaskan, adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk mengadakan PRU-15 sebelum hujung tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bermungkinan boleh diadakan seawal September ini, sebaik sahaja separuh daripada populasi negara menerima suntikan vaksin COVID-19.
Bercakap kepada CNA, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk mengadakan PRU-15 sebelum hujung tahun ini.
"Menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kira-kira 50 hingga 60 peratus daripada masyarakat Malaysia akan menerima suntikan dalam tempoh itu, malah Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) turut berasakan keadaan akan terkawal.
"Jadi ia adalah masa yang sesuai untuk mengadakan PRU-15," katanya di sini, pada Rabu.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Sejarah tercipta, PM individu pertama terima suntikan Pfizer-BioNTech
Khairy Jamaluddin berkata, kadar keberkesanan vaksin akan turut disokong dengan pemulihan ekonomi.
"Sebagai seorang ahli politik, saya yakin ia akan mengakhiri segala kebuntuan kerana PRU-15 akan dapat dijalankan," jelasnya.
Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama yang menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya, Putrajaya.
Selain beliau, antara lain yang menerima suntikan pada fasa pertama hari ini adalah Dr Noor Hisham dan beberapa petugas barisan hadapan.
Topic Berkaitan
#vaksin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Perdana Menteri
#Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#Khairy Jamaluddin
#pilihan raya umum
#Politik Malaysia
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan