Tindakan Pas meletakkan syarat supaya PKR keluar daripada Pakatan Harapan sekiranya ingin kedua-dua parti itu terus menjalinkan kerjasama politik, dianggap tidak wajar.
Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shari berkata desakan itu dilihat tidak selari dengan matlamat PKR yang bersikap terbuka dengan semua parti pembangkang selain mahu setiap parti pembangkang membentuk kesatuan yang utuh terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"PKR masih berpegang kepada pandangan bahawa semua parti pembangkang perlu ada kesatuan dan kita juga sedang berusaha ke arah itu.
"Semua orang boleh beri cadangan termasuk PAS, namun kami konsisten dengan pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) sebelum ini bahawa kesatuan semua pembangkang itu menjadi keutamaan kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perbincangan Meja Bulat Belanjawan Selangor 2018 di sini hari ini.
Beliau mengulas gesaan Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari semalam bahawa parti Islam itu hanya akan membuka pintu rundingan dengan PKR sekiranya PKR meninggalkan Pakatan Harapan yang turut dianggotai DAP, iaitu parti yang Pas bertegas menolak menjalin sebarang hubungan politik lagi.
Sebelum ini, Anwar dalam suratnya mengakui bahawa beliau telah mengingatkan pemimpin PKR supaya tidak memutuskan hubungan dengan Pas selagi parti Islam itu bersedia untuk meneruskan perbincangan.
Surat itu dilapor dikeluarkan susulan Majlis Presiden Pakatan Harapan pada awal bulan lepas bersetuju untuk menolak sebarang kerjasama dengan Pas termasuk membabitkan PRU14 .
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2017
AMIRUDIN: Desakan itu dilihat tidak selari dengan matlamat PKR yang bersikap terbuka dengan semua parti pembangkang.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu Baharu
PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
Selangor sedia kerjasama, kukuh keberkesanan PADU - MB
Kerajaan Negeri Selangor sedia bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi bagi menyempurnakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Selangor mantapkan ekosistem TVET, tawar kerjaya bergaji tinggi - Amirudin
Kerajaan Selangor menyasarkan untuk memantapkan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Stoking kalimah Allah: Kerajaan Selangor panggil pengurusan KK Mart
Amirudin Shari berkata pihak KK Mart perlu membuat penjelasan terperinci kepada kerajaan negeri, terhadap insiden yang mengguris hati umat Islam itu.
Notis kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu dimaklum dalam masa terdekat
Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dijangka dimaklumkan kepada Pejabat Speaker DUN Selangor pada Isnin depan.
Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji
Bantuan khas kewangan Aidilfitri itu akan disalurkan pada 8 April depan.
PBT Selangor disaran laksana program kumpul lebihan makanan tidak terjual di bazar Ramadan
Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diminta melaksanakan program mengumpul lebihan makanan tidak terjual di bazar Ramadan di kawasan masing-masing.
Kerajaan Selangor rangka strategi giatkan pendaftaran PADU, pastikan tiada keciciran - Amirudin
Kerajaan Selangor akan merangka strategi ke arah mempergiatkan usaha meningkatkan bilangan penduduk negeri itu berdaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).