awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan Melaka 2025 tarik lebih 15,696 peserta - Exco
Trump umum rancangan pembinaan dua kapal perang baharu
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak wujud komplot tukar PM dan TPM - BNBBC

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2015
03:19 MYT
Tidak wujud komplot tukar PM dan TPM - BNBBC
SHAHRIR: Tidak wujud komplot tukar PM dan TPM - Gambar Fail
Tidak wujud sebarang gerakan di kalangan ahli UMNO untuk menukar presiden dan timbalan presiden parti itu, kata ahli parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.
Sinar Harian melaporkan Shahrir sebagai berkata, dakwaan terdapat usaha untuk mengubah pucuk pimpinan parti dan kerajaan hanyalah spekulasi semata-mata.
“Saya tidak dengar mengenai perkara ini. Ini semua rekaan orang yang hendak keadaan tenang, dikecohkan.
“Pada saya, tiada pihak mahu sama ada Najib diturunkan, sementara Muhyiddin dinaikkan,” Kata Shahrir seperti dilaporkan Sinar Harian.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kononnya UMNO mengambil ketetapan meminta pemimpin tertinggi parti melepaskan kesemua jawatan di dalam parti dan Kerajaan.
Katanya, dakwaan itu timbul disebabkan kebebasan berfikir dimiliki semua pihak sehingga meramalkan pelbagai perkara termasuklah mengenai BN dan UMNO.
“Kita tidak boleh menyekat (mereka) daripada meramal atau membuatkan pelbagai andaian (kononnya hendak turunkan Najib dan naikkan Muhyiddin, dan kini ada pula hendak turunkan Muhyiddin).
“Inilah Malaysia, pelbagai cerita direka. Jadi kita tidak boleh larang cerita itu ini,” katanya lagi.
Mengulas kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shahrir berkata BNBBC berpuashati dengan prestasi dua pemimpin tersebut.
“Kami berpuas hati dengan sikap keterbukaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri bukan sahaja memperkasakan institusi Parlimen, malah memantapkan peranan Ahli-ahli Parlimen, khususnya daripada Barisan Nasional (BN).
“Ahli-ahli Parlimen BN ketika ini lebih banyak diberi peluang memainkan tanggungjawab masing-masing dalam mengutarakan pandangan dan memberi nasihat ke atas sesuatu dasar yang hendak dilakukan kerajaan,” katanya.
Topic Berkaitan
#BNBBC
#shahrir samad
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan