awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat bekas pelajar MCKK barisi kabinet Anwar

Sinar Harian
Sinar Harian
02/12/2022
22:45 MYT
Empat bekas pelajar MCKK barisi kabinet Anwar
Dari atas kiri: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
SHAH ALAM: Empat bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menganggotai Parlimen Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.
Antara bekas pelajar MCKK adalah Anwar yang turut memegang jawatan Menteri Kewangan, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
KABINET PERPADUAN NASIONAL 2023
Anwar meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di MCKK pada tahun 1960 hingga 1966.
Rafizi pula pada tahun 1990 hingga 1994 manakala Tengku Zafrul tidak menyatakannya.
Sementara itu Nik Nazmi mengikuti pengajian di MCKK pada tahun 1995 hingga tahun 1999.
Sebelum ini, media melaporkan seramai 15 bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
BACA: 15 bekas pelajar MCKK bertanding dalam PRU15
Persatuan Pelajar Tua Kolej Melayu (MCOBA) menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan, bekas pelajar tersebut terdiri daripada enam calon daripada Pakatan Harapan (PH), empat (BN), tiga Perikatan Nasional (PN) manakala seorang calon bagi Pas dan Pejuang.
Antara bekas pelajar MCKK yang bertanding bagi kerusi Parlimen adalah Pengerusi PH, Anwar; Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli; Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PM10
#PantauKerajaanBaharu
#MCKK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan