PAas Selangor mengekalkan khidmat tiga exconya dalam pentadbiran Kerajaan Selangor sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, walaupun Majlis Syura Ulama parti itu memutuskan untuk membatalkan hubungan politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pesuruhjaya Pas Selangor yang baharu Sallehen Mukhyi berkata khidmat tiga exco itu perlu dikekalkan kerana ia adalah mandat yang diberi oleh rakyat pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.
"Namun, Pas Selangor akur dan menghormati keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan hubungan politik Tahaluf Siyasi antara Pas dan PKR telah terbatal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tiga exco berkenaan adalah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menyandang portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi serta Zaidy Abdul Talib yang menyandang Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.
Susulan keputusan Majlis Syura Ulama, Sallehen berkata Pas Selangor tidak akan terlibat dalam sebarang kerjasama dan rundingan politik dengan PKR sebaliknya mengukuhkan kerjasama dalam Gagasan Sejahtera khususnya bagi menghadapi PRU akan datang.
"Bagaimanapun, demi menghormati mandat dan kepercayaan rakyat khasnya dalam PRU13, Pas Selangor akan kekal sebagai sebahagian komponan dalam kerajaan negeri Selangor sehinggalah tamat penggalnya nanti," katanya.
Sementara itu, ketiga-tiga exco Pas terbabit tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan reaksi mereka.
Kerajaan Selangor dipimpin Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR dengan komposisi tiga exco daripada PKR, tiga DAP dan tiga Pas.
Majlis Syura Ulama Pas hari ini sebulat suara mengambil keputusan untuk menamatkan Tahaluf Siyasi dengan PKR secara serta merta.
Setiausaha majlis itu Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata keputusan itu dibuat susulan tindakan PKR melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara kedua-dua parti yang terjalin sejak sekian lama.
Keputusan majlis berkenaan sememangnya dijangkakan selepas Muktamar Pas Ke-63 bulan lepas meluluskan usul supaya kerjasama politik antara kedua-dua parti itu ditamatkan apabila PKR dilihat tidak menghormati Pas sebagai rakan sekutu mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2017
Khidmat tiga exco itu perlu dikekalkan kerana ia adalah mandat yang diberi oleh rakyat pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi. -Foto BERNAMA
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Abdul Hadi kekal Presiden Pas
Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden Pas selepas diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi parti itu bagi sesi 2023-2025.
'Sanusi memang cerdik', Mursyidul Am Pas puji Menteri Besar Kedah
Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menegur dan meminta Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar menjaga percakapan.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ahli Pas tidak pernah diajar minta bayaran, habuan - Ketua Pemuda Pas
Ahli Pas tidak pernah diajar meminta bayaran atau mendapat habuan daripada perjuangan.
Mahu atau tidak, kerajaan ini mesti ditumbangkan - Sanusi
Katanya, persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak boleh memberikan kelebihan kepada parti di bawah Kerajaan Perpaduan.
Nahas Muslimat Pas: Ibu bangga Nurul Najihah berbakti sehingga akhir hayat
Mashitah Shafie reda terima pemergian anak sulung dalam nahas jalan raya ketika sedang membantu mangsa kemalangan lain.
Nahas tiga Muslimat Pas: Pemandu kereta ditahan
Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mualim bagi memberi keterangan.
Tiga ahli Muslimat Pas maut nahas dalam perjalanan pulang dari muktamar
Tiga ahli Muslimat Pas yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Muktamar Pas meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas di Tanjung Malim.
Tun Mahathir calon PRK Kemaman? Tidak, kata Abdul Hadi
Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata Pas masih dalam perbincangan untuk memuktamadkan calon bagi PRK Kemaman.
Muktamar Pas: Penyatuan ummah tak jejas hak bukan Melayu - Abdul Hadi
Ini termasuk, katanya mengajak orang bukan Islam yang tidak ekstrem mengikut acuan Sirah Nabawiyah.