awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tsunami yang akan datang nanti adalah tsunami hijau - Sallehen Mukhyi

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
19/04/2018
14:28 MYT
Tsunami yang akan datang nanti adalah tsunami hijau - Sallehen Mukhyi
SALLEHEN: Tsunami yang akan datang nanti adalah tsunami hijau. -Gambar fail
"Tsunami yang akan datang nanti adalah tsunami hijau."
Demikian laungan semangat Pesuruhjaya Pas Selangor Ustaz Sallehen Mukhyi pada malam Pengisytiharan Calon Pilihan Raya Umum Ke-14 PAS Selangor di Shah Alam, Khamis malam.
"Kekuatan parti ketika ini adalah satu kesediaan utuh bagi persediaan menghadapi Barisan Nasional dan Pakatan Harapan nanti," kata Sallehen lagi.
Jelasnya, parti itu akan bertanding dalam PRU14 atas platform Gagasan Sejahtera.
"PAS Selangor kali ini menamakan sembilan calon wanita, satu angka yang mengatasi mana-mana parti di negeri-negeri lain termasuk Selangor," katanya lagi.
Menurut Sallehen, calon-calon PAS Selangor terdiri dari pelbagai profesion seperti berikut:
Jurutera (pelbagai disiplin) Khairil Nizam Khirudin Nurul Islam Mohamed Yusoff Mohd Haslin Hassan Sabirin Marsono Mad Shahmiour Mat Kosim
Doktor perubatan Dr Abd Rani Osman Dr Halimah Ali Datuk Dr Ahmad Yunos Hairi Dr Mohammad Sallehuddin Hafiz Datuk Dr Yahya Baba
Arkitek Datuk Ar Iskandar Abd Samad Mohd Fakaruddin Ismail
Lulusan Doktor Falsafah (PhD) Che Rosli Che Mat. Wan Mat Wan Sulaiman. Moha Zuhdi Marzuki.
Profesor Madya Dr Wan Mat Wan Sulaiman.
Turut disenarai sebagai calon ialah penceramah bebas Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani, Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin dan Ustaz Nushi Datuk Mahfodz.
Tambah Sallehen, Pas Selangor buat pertama kali meletakkan calon-calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS DHPP seramai tiga calon.
Mereka terdiri daripada Pengerusi DHPP Selangor, Datuk K Deepakaran; Pengarah Pilihanraya DHPP Selangor, Rajan Manikesavan; dan Naib Pengerusi DHPP Selangor, Kong Tuck Wah.
Jelas Sallehen, secara amnya calon-calon Pas yang diumumkan pada Khamis terdiri daripada 30 peratus calon-calon lulusan agama dan selebihnya dari pelbagai profesion dan kelulusan.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Gagasan Sejahtera
#MalaysiaMemilih
#Pakatan Harapan
#PAS
#PRU14
#Sallehen Mukhyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan