KUALA LUMPUR: Menukar kepimpinan kerajaan bukanlah jalan penyelesaian terhadap segala masalah Malaysia pada ketika ini, kerana ia tidak dapat membawa perubahan yang ketara.
Bagi ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin, ini kerana siapa pun ahli politik baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang ketika ini sudah tidak berapa diyakini oleh rakyat. Maka tiada guna bertelagah siapa yang patut mentadbir negara.
“Kalau kita terus bertengkar soal nombor, soal siapa patut jadi Perdana Menteri, siapa patut jadi kerajaan, maka saya takut nanti rakyat mengambil tindakan sendiri.
“Kalau kita lihat krisis-krisis yang dibangkitkan tentang soal nombor ini akhirnya bukan untuk tujuan mengetengahkan permasalahan rakyat, tetapi akhirnya soal untuk menolak seorang individu sahaja iaitu Perdana Menteri dan meletakkan orang lain tetapi membuat jajaran baharu.
“Saya rasa ia tidak akan menyelesaikan masalah,” jelasnya yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Bersatu.
Maka apa yang perlu dilakukan ketika ini oleh para politikus terutamanya Ahli Parlimen adalah mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap mereka. Bagaimana? Dengan kembali semula ke peranan hakiki mereka untuk memperjuangkan isu rakyat.
Dr Afif melihat sesi mesyuarat khas Dewan Rakyat yang akan bermula minggu depan sebagai medan terbaik untuk kerajaan memperjelaskan segala polisi yang dilaksanakan sejak kali terakhir Dewan Rakyat bersidang hampir lapan bulan lalu.
Pada masa sama, rakyat juga akan memerhatikan bagaimana pembangkang bertindak sama ada menjadi penyemak imbang atau menjadi pengacau kepada setiap polisi yang dijalankan pihak pemerintah.
“Sebab itu yang paling penting kita menjawab segala persoalan yang berbangkit supaya rakyat benar-benar yakin dengan usaha kerajaan hari ini, dan mereka akan turut sama dengan rela hati bertindak bersama untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi hari ini.
“Objektifnya adalah untuk mengikat dan menggerakkan seluruh kekuatan rakyat dan negara sebagai satu bangsa Malaysia untuk melawan COVID-19 ini,” katanya.
Justeru tegas Dr Afif, yang perlu diutamakan adalah untuk menyelesaikan dahulu krisis kesihatan, seterusnya krisis ekonomi, dan akhir sekali barulah selesaikan krisis politik yang kita hadapi.
Israr Khalid
Thu Jul 22 2021

Tegas Dr Afif, yang perlu diutamakan adalah untuk menyelesaikan dahulu krisis kesihatan, seterusnya krisis ekonomi, dan akhir sekali barulah selesaikan krisis politik yang kita hadapi. - Foto BERNAMA

Serbuan Mar-a-Lago mungkin tingkatkan kembali populariti Trump - Penganalisis
Trump mengutuk serbuan itu dan menyifatkan sistem keadilan AS menyasarkan dirinya.

Ketepikan perbezaan, bersatu sebagai satu pasukan demi Sabah - Masidi
Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun mengajak semua pemimpin mengetepikan perbezaan dan kepentingan parti selain bersatu sebagai satu pasukan demi negeri tercinta.

Laporan jawatankuasa diketuai Ambrin sudah diubah status - Pengerusi PAC
Menurut Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, keputusan memuat naik laporan itu dibuat selepas statusnya diubah dan tidak lagi dianggap rahsia.

17 kematian warga Indonesia dicatatkan di Depot JIM Tawau dalam tempoh 18 bulan
Antara punca kematian mengikut laporan bedah siasat yang diterima ialah disebabkan penyakit bawaan seperti sakit jantung dan pneumonia.

Aaliyah sasar tampil lebih hebat di dua kejohanan utama
Atlet berusia 19 tahun itu berkata prestasinya kali ini menjadi petanda ke arah pencapaian yang lebih baik akan datang.

Rayuan peguam cabar pengenalan levi pelepasan ditangguh, peguam kanan persekutuan tidak sihat
Panel tiga hakim dalam prosiding mahkamah dalam talian dimaklumkan bahawa Suzana Atan sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

Jenayah komersial di N. Sembilan rekod 1,747 kes babit kerugian RM45.1 juta
Kes penipuan mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,676 kes dengan kerugian RM39.7 juta, diikuti Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (38 kes, RM27,420).

Tweet Terbaharu | Elon Musk beli Manchester United?
Pengasas Tesla, Elon Musk menimbulkan pelbagai spekulasi selepas memuat naik ciapan menerusi akaun Twitter yang mengatakan, beliau akan membeli Manchester United. Namun, susulan itu, Musk menjelaskan beliau hanya berjenaka.

"UMNO, BN setia bersama Najib di waktu susah dan senang" - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid sifatkan Najib sebagai Raja Media Sosial berikutan pengaruh dan populariti bekas Perdana Menteri itu.

Pemandu maut, kelindan cedera, lori tangki terbalik di Selama
Kemalangan melibatkan sebuah lori tangki terbabas di bahu jalan menyebabkan dua orang tersepit.

Mampukah RUU Antilompat Parti kekang 'katak' politik? Ikuti Dialog Tiga Penjuru malam ini
Adakah RUU Antilompat Parti sudah memadai? Benarkah ia mampu menjamin kestabilan politik negara?

Diskusi persediaan hadapi kemelesetan ekonomi dalam Dialog Tiga Penjuru malam ini
Jangan terlepas perbincangan malam ini dalam Dialog Tiga Penjuru, jam 8.30 malam.

Dialog Tiga Penjuru: Cabaran melaksana bekerja empat hari seminggu
Mampukah Malaysia melaksanakan empat hari kerja seminggu? Ikuti kupasannya dalam program Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini.

'Jangan samakan isu vape dengan rokok' - Move
Move bertegas, isu melibatkan rokok elektronik atau vape tidak boleh sama sekali disamakan dengan rokok yang disifatkan lebih berbahaya untuk kesihatan.

Vape perlu dimasukkan dalam pelaksanaan Generasi Penamat
Vape dicadang agar turut dimasukkan ke dalam pelaksanaan Generasi Penamat yang dicadangkan Kementerian Kesihatan Malaysia selain rokok.

Generasi Penamat Rokok: Rugi atau untung buat negara? Ikuti perbincangan Dialog Tiga Penjuru malam ini
Apakah pelaksanaan "Generasi Penamat" akan mendatangkan kerugian atau sebenarnya keuntungan kepada negara?

GST1.0: Harga naik kerana peniaga lambat terima bayaran balik - Industries Unite
Peniaga terpaksa menanggung kos kerugian yang tidak sepatutnya berlaku jika pembayaran semula dibuat dengan cekap.

Kerajaan berdepan perang psikologi dengan rakyat untuk laksanakan semula GST - CAPS
Rakyat sudah punyai persepsi negatif terhadap GST apabila pelaksanaannya dahulu tidak memperbaiki mutu ekonomi seperti yang dicanangkan.

Jika telus agih hasil, rakyat akan terima baik pelaksanaan semula GST - Penganalisis Ekonomi
Biarpun kutipan tahunan mencecah berpuluh bilion ringgit, rakyat tidak benar-benar merasakan manfaat daripada pelaksanaan GST yang lalu.

Krisis bekalan makanan: Ketahui lima cabaran besar penternak ayam hari ini
Cabaran-cabaran tersebut menyebabkan berlaku kekurangan bekalan dan kenaikan harga ayam di pasaran ketika ini.