awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M jumpa Anwar, 'bincang isu mutakhir dalam dan luar negara'

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2019
10:25 MYT
Tun M jumpa Anwar, 'bincang isu mutakhir dalam dan luar negara'
"Kami bersetuju bahawa pimpinan negara harus pantas dan wibawa dalam menumpukan kepada isu ekonomi termasuk memacu pelaburan domestik dan asing." - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya, di sini hari ini.
Menurut Presiden PKR Anwar dalam status terbaharu di Facebooknya, perjumpaan berkenaan turut 'membincangkan beberapa isu mutakhir di dalam dan luar negara.'
"Dalam pertemuan itu juga, kami bersetuju bahawa pimpinan negara harus pantas dan wibawa dalam menumpukan kepada isu ekonomi termasuk memacu pelaburan domestik dan asing," kata Anwar lagi.
BACA: "Itu hanya andaian" ulas Anwar mengenai kenyataan Tun M berhubung serah jawatan PM
Terdahulu, dalam satu acara berasingan, Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan, kenyataan Dr Mahathir yang akan menyerahkan jawatan itu dalam tempoh tiga tahun dan bukan dua tahun seperti yang dilaporkan dipersetujui Pakatan Harapan merupakan andaian.
"Itu hanya andaian," jawabnya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek Elaun Sara Hidup Kepada Sasterawan Negara.
Beliau turut berkata, masalah antara beliau dan Dr Mahathir berkenaan peralihan jawatan Perdana Menteri.
Soal tarikh dan sebagainya adalah antara mereka berdua, tambah Anwar lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Facebook
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Baharu
#pelaburan asing
#pelaburan domestik
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan