MUAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu terus ‘bersuara’ terutamanya melibatkan isu-isu 3R yang menyentuh agama, bangsa dan institusi diraja walaupun sudah sembilan kali disoal siasat polis berkenaan isu itu.
Menurutnya, larangan untuk bercakap isu 3R sebenarnya tidak mengikut lunas undang-undang negara kerana tidak dibawa ke kabinet, dipersetujui oleh Dewan Rakyat dan ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Dakwaan tak boleh cakap 3R ini tidak ikut undang-undang negara kononnya diisytihar (oleh) Perdana Menteri. Saya baca dalam Perlembagaan apakah Perdana Menteri boleh buat undang-undang, tak ada.
“Yang boleh buat undang-undang Dewan Rakyat. Kalau dia kata kita tak boleh cakap isu 3R, kena bawa ke Dewan Rakyat untuk dibahas. Kalau Dewan Rakyat setuju, Dewan Negara setuju, Agong tandatangan, baru jadi undang-undang.
“Dengan pengisytiharan Perdana Menteri sahaja, tak boleh cakap 3R, ini tidak ada ikut peraturan dalam Perlembagaan kita," katanya ketika Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) di Simpang Jeram pada Ahad.
Hadir sama, Pengerusi PN yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin; Presiden Parti Gerakan (Gerakan), Datuk Dominic Lau dan calon PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Renggam, Dr Mohd Mazri Yahya.
Dr Mahathir sekali lagi menegaskan, larangan berkenaan tidak dianggap sebagai undang-undang.
"Saya nak cakap pasal bangsa saya, agama saya, raja saya..itu hak saya.
"Kita tak boleh terima undang-undang buatan Perdana Menteri. Siapa dia?,” katanya.
Tambahnya, jika apa yang dikatakannya semasa ceramah itu merupakan kesalahan, beliau bersedia untuk didakwa di mahkamah.
Malah katanya, setakat ini sudah sembilan kali beliau disoal siasat polis berkenaan isu tersebut.
"Nak siasat, siasatlah, dah sembilan kali saya dipanggil, mungkin lepas ini 10, 11 kali lagi, tapi tak apa, kita akan kira berapa kali dipanggil.
“Kalau apa yang saya cakap tu salah, boleh charge saya di mahkamah tapi ada undang-undang boleh tangkap saya dan saya tak payah lagi pergi mahkamah.
“Tapi ini (soal) bangsa saya, ini negara saya, ini negara saya, saya perlu pertahankan,” katanya.
Sementara itu Dr Mahathir berkata, beliau menyedari segala percakapannya akan dicatat oleh pihak-pihak tertentu.
Malah katanya, ada kemungkinan ada kemungkinan dirinya akan dipanggil lagi untuk memberikan keterangan berhubung apa yang diperkatakannya.
“Kalau tanya, kenapa cakap macam tu, jawapan saya senang sahaja...kalau salah, dakwa di mahkamah, lepas itu bolehlah saya jawab di mahkamah.
“Tapi, saya nak cakap juga untuk bangsa saya kerana saya tak nak melihat bangsa saya hilang negara,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 04 2023

Dr Mahathir berkata, larangan untuk bercakap isu 3R sebenarnya tidak mengikut lunas undang-undang negara kerana tidak dibawa ke kabinet, dipersetujui oleh Dewan Rakyat dan ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. - Gambar fail
Bekas Menteri Pertahanan meninggal dunia
Bekas Menteri Pertahanan, Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, hari ini.

'KKM perlu beri lebih tumpuan kepada kes bunuh diri remaja' - Sivaraj
Sivaraj menambah, menurut laporan sejumlah 1,142 kes bunuh diri dalam kalangan remaja dilaporkan pada 2022.

Pesawat latihan terhempas, dua juruterbang tentera India terbunuh
Pesawat Pilatus PC-7 Mk II terhempas semasa penerbangan latihan rutin dari Akademi Tentera Udara dekat bandar raya Hyderabad.

'Nampaknya formula anda berkesan' - TMJ
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menimbulkan tanda tanya menjelang final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC, Jumaat ini.

Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu
Mohamad berkata, walaupun parti tersebut menonjolkan seorang pahlawan bangsa dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang namun mereka tetap tewas.

Iran, Arab Saudi ambil pendekatan pertama tingkatkan hubungan pertahanan
Selepas sembilan bulan Iran dan Arab Saudi memulihkan hubungan diplomatik, pegawai kanan pertahanan kedua-dua negara mula membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan.
Pas intai jawatan ketua pembangkang, Bersatu patut risau - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata beberapa keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan perkara berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN).
AWANI Ringkas: Pembedahan prostat bukan kanser prostat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bantuan rumah sewa mangsa banjir termenung akan diselesaikan - MB Kelantan
Kerajaan negeri akan menyelesaikan pemberian subsidi rumah sewa kepada 58 keluarga mangsa banjir termenung yang terkesan akibat Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Mangsa banjir terjejas di Kelantan terus meningkat
Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 11 pagi Isnin mencatatkan peningkatan kepada 4,641 mangsa.

Gantung, tamat projek HSR: Kes saman dua bekas PM 15 Disember ini
Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan daripada pihak Mohd Hatta Sanuri, 47, selaku plaintif dan pasukan defendan.

Henti jual minyak dan gas kepada Israel, AS, Eropah - Tun M
Pengeluar minyak dari negara Islam digesa menghentikan penjualan bekalan minyak dan gas bukan hanya kepada Israel malah sekutunya Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Gaza: Rakyat Malaysia seolah-olah tidak sependapat - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan rakyat Malaysia tidak sependapat terhadap konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel.

‘Belanjawan 2024 terlalu tinggi, tidak logik’ - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlalu tinggi dan tidak logik.

PRK Pelangai: Tun M, Sanusi turun ceramah 'grand finale' PN malam esok
Pecutan akhir kempen Perikatan Nasional (PN) akan dibantu dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pas nafi dakwaan Tun M calon PRK Kemaman
Pas menafikan dakwaan meletakkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kemaman.

Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Tun Mahathir minta Anwar kemuka dokumen
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Tun Dr Mahathir yang meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan dokumen, dalam kes saman fitnah.

Tun M turun Kedah beri taklimat pembangunan ekonomi SG4
Bekas PM komited untuk bimbing Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis di bawah gabungan SG4 laksana transformasi kepimpinan.

SG4: 'Salahkah belajar daripada individu hebat seperti Tun Mahathir'? - Ahmad Samsuri
Adakah salah mengambil ilmu daripada individu yang mempunyai pencapaian tertentu?, tanya Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Lantik Tun Mahathir penasihat SG4 langkah tepat - Zuraida
Pelantikan Tun Mahathirsebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir Pas atau SG4 sewajarnya diraikan.