POLITIK
Tun M mengadu 'kurang suara' menjelang 9 Mei
Calon PKR Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadu 'kurang suara' menjelang hari pembuangan undi pada 9 Mei ini.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga berkata, situasi itu menyebabkan tempoh beberapa ceramahnya terpaksa dipendekkan.
Beliau mengadu sedemikian di dalam ceramahnya di Jasin pada Jumaat.
Sementara itu, di dalam ceramahnya pada sebelah malam di Taman Bukit Piatu, Melaka, Dr Mahathir sekali lagi mengadu batuk dan mendakwa berpunca beberapa ucapannya sebelum ini.
Dr Mahathir di Melaka pada Jumaat dalam siri Jelajah Harapan ke seluruh negara.
Selain Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Jelajah Harapan di Melaka turut dihadiri oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan penyandang kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami