awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ucap tahniah, Wan Junaidi beri 'pesanan' kepada Kerajaan Perpaduan

Faida Rahim
Faida Rahim
03/12/2022
09:59 MYT
Ucap tahniah, Wan Junaidi beri 'pesanan' kepada Kerajaan Perpaduan
Wan Junaidi berkata, tugas itu bukan mudah berikutan persekitaran politik semasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berharap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewujudkan sinergi yang kuat untuk membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi.
Dalam satu kenyatan media, beliau berkata tugas itu bukan mudah berikutan persekitaran politik semasa.
“Saya berharap barisan menteri optimis, tanpa mengira bendera politik masing-masing serta kemahiran untuk memberikan yang terbaik membantu Perdana Menteri dalam tugas yang menakutkan ini.
“Ini demi menghidupkan semula ekonomi negara serta menghadapi banyak cabaran berikutan kemerosotan ekonomi global yang dijangka tahun depan,” katanya.
DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
[LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Fadillah Yusof yang menjadi ahli politik pertama dari Sarawak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
“Pelantikan ini sememangnya merupakan peristiwa penting kepada rakyat di Sarawak dan Sabah kerana ia akan memberi suara lebih besar untuk rakyat di sini serta perwakilan yang lebih baik dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan.
“Dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tahun lepas, diharapkan beliau dapat memastikan keistimewaan yang dijanjikan dan diharapkan ia akan mempercepatkan jua pembangunan di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Wan Junaidi
#Perlembagaan Persekutuan
#Perjanjian Malaysia 1963
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan