Ucapan pertama Ismail Sabri sebagai PM ke-9 jam 5.30 petang ini

Astro Awani
Ogos 22, 2021 04:54 MYT
Ia merupakan perutusan pertama beliau sebagai Perdana Menteri, selepas mengangkat sumpah pada Sabtu. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan ucapan khas jam 5.30 petang ini.
Ia merupakan ucapan pertama beliau sebagai PM kesembilan, selepas mengangkat sumpah pada Sabtu.
Ismail Sabri, 61, dilantik sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan Muhyiddin, yang meletak jawatan pada 16 Ogos lepas selepas kehilangan majoriti sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Saksikan ucapan khas ini secara langsung di saluran 501 Astro AWANI, aplikasi Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Ismail Sabri PM ke-9
BACA: "Saya akan jalankan tugas dan amanah ini untuk Malaysia" - Ismail Sabri
BACA: Ismail Sabri angkat sumpah jawatan PM ke-9 di Istana Negara
BACA: Naib Presiden UMNO pertama jadi PM, ini 5 perkara menarik mengenai Ismail Sabri
BACA: Agong perkenan lantik Ismail Sabri sebagai PM ke-9
#ismail sabri yaakob #Perdana Menteri #PM #ucapan #Ucapan Khas PM