Seluruh anggota UMNO perlu bertekad untuk mengulangi sejarah kejayaan yang dicapai sepanjang 71 tahun penubuhannya sebagai sebuah parti yang akan terus kekal menjadi tunjang pemerintahan negara ini.
Bekas Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Hussein Ahmad berkata kemajuan sesebuah parti bukan kerana seorang, sebaliknya kerana keseluruhan anggota dan kebijaksanaan para pemimpinnya.
"Saya yakin UMNO boleh kekal memerintah kerana parti ini melaksanakan segala kehendak rakyat walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak diterima oleh sebahagian kecil rakyat," kata Hussein, yang menyandang jawatan Ketua Penerangan UMNO selama 14 tahun (1982 hingga 1996) dalam temuramah dengan Bernama di sini, hari ini.
Hussein, 83, yang sentiasa bersama UMNO sejak parti itu ditubuhkan berharap UMNO terus hidup dan maju di bawah pemimpin yang silih berganti, dengan kelebihan masing-masing.
"Walaupun masing-masing ada kelemahannya, itu sifat manusia tetapi masing-masing ada kelebihannya untuk memajukan rakyat terutama orang Melayu dan negara ini," katanya.
Veteran UMNO itu berkata setiap pemimpin yang menerajui parti, mempunyai pendekatan dan mencipta kejayaan yang tersendiri dalam pembangunan negara termasuk dalam bidang ekonomi.
Begitu juga, katanya, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang kini menerajui UMNO, mempunyai dasar tersendiri dalam membantu rakyat melalui pelbagai program termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"Saya percaya banyak rancangan lagi akan dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa ketuanan yang sebenar di negara ini," katanya.
Beliau meminta orang Melayu agar tidak melupai perjuangan UMNO sama ada mereka berada dalam parti apa pun, kerana pelbagai kejayaan yang dicapai UMNO dalam tempoh tersebut (71 tahun) tidak boleh dinafikan.
Beliau turut mengingatkan UMNO supaya sentiasa menerapkan dasar perjuangan parti itu untuk dihayati oleh lebih 3.6 juta anggotanya sekarang ini supaya ia terus kekal sebagai parti pembela orang Melayu dan menjaga hak rakyat keseluruhannya.
"UMNO pula jangan terlalu berbangga dengan kuantiti ahlinya tetapi yang perlu ialah UMNO hendaklah menerima hakikat bahawa ia kekal kerana ahli-ahlinya menghayati perjuangan UMNO yang berteraskan nasionalisme Melayu dan sentiasa bertoleransi dengan kaum-kaum lain di negara ini," katanya.
Beliau yakin UMNO akan terus menjadi tunjang pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 dan berdasarkan pemerhatiannya parti itu telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya itu.
"UMNO selama-lamanya bersedia untuk hadapi pilihan raya kerana negara kita amal dasar demokrasi, UMNO sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan bersedia untuk melaksanakan demokrasi dalam parti dan negara," katanya.
Beliau bersemangat sekali untuk ke ibu negara bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-71 UMNO pada Khamis ini (11 Mei), namun dengan situasi kesihatannya yang agak terbatas, akan hanya menonton di rumah sambutan itu yang dijangka disiarkan secara langsung menerusi televisyen.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2017
HUSSEIN: Saya yakin UMNO boleh kekal memerintah kerana parti ini melaksanakan segala kehendak rakyat walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak diterima oleh sebahagian kecil rakyat. - Foto BERNAMA
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
UMNO boleh terus kekal jadi tunjang pemerintahan negara - Hussein Ahmad
Kemajuan sesebuah parti bukan kerana seorang, sebaliknya kerana keseluruhan anggota dan kebijaksanaan para pemimpinnya.