awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
34 projek sakit PR1MA siap sepenuhnya menjelang Mac ini
Kerajaan P.Pinang ambil tindakan atasi isu kesalinghubungan feri-rel
ATM masih dibarisi anggota berintegriti, ikhlas berkhidmat - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO bukan ‘pelengkap angka’ Kerajaan Perpaduan - Wan Rosdy

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
17/01/2026
11:35 MYT
UMNO bukan ‘pelengkap angka’ Kerajaan Perpaduan - Wan Rosdy
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika memberi ucapan semasa penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2025. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR : UMNO menegaskan kehadirannya dalam Kerajaan Perpaduan bukan sekadar untuk mencukupkan angka, sebaliknya memikul tanggungjawab besar mempertahankan kepentingan orang Melayu, kesucian agama Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pendirian itu telah disampaikan secara jelas dan tegas oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, termasuk di hadapan Perdana Menteri dan kepimpinan utama Kerajaan Perpaduan.
"UMNO tidak boleh dipandang sebagai rakan sampingan, sebaliknya sebuah parti teras yang mewakili denyut nadi serta sensitiviti majoriti rakyat negara ini.
“Presiden telah mengingatkan secara berterus terang supaya isu-isu berkaitan agama Islam, Raja-Raja Melayu, bahasa, budaya dan pendidikan tidak dilihat hanya dari satu sudut pandang,” katanya ketika ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2025.
Wan Rosdy berkata, isu-isu yang dianggap kecil oleh sesetengah pihak seperti isu kalimah Allah, pemindahan kuil haram, bendera terbalik dan percubaan meratifikasi ICERD, sebenarnya mencetuskan keresahan berpanjangan dalam kalangan orang Melayu.
Menurut beliau, apabila isu sedemikian berlaku secara berulang, ia akhirnya bertukar menjadi kekecewaan dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.
Dalam masa sama, Wan Rosdy menyeru UMNO kembali berperanan sebagai Rumah Bangsa yang menghimpunkan seluruh kekuatan Melayu dan Bumiputera, termasuk golongan muda, NGO serta bekas pemimpin yang mahu kembali bersama parti.
"UMNO kini giat melakukan persiapan pilihan raya melalui latihan jentera dan pembangunan kepimpinan masa depan menerusi Sekolah Patriotik UMNO (SPU).
“UMNO bukan parti nostalgia. Kita sedang bina pemimpin masa depan dan bersedia untuk menang,” katanya lagi.
Mengulas isu keadilan untuk Datuk Seri Najib Razak, Wan Rosdy menegaskan pendirian UMNO kekal konsisten memperjuangkan ihsan dan keadilan, sambil mengingatkan rakan dalam Kerajaan Perpaduan agar menjaga tutur kata dan menghormati sempadan parti.
Beliau menegaskan UMNO bersedia menghadapi pilihan raya akan datang dengan syarat seluruh ahli bergerak sebagai satu pasukan dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.
Topic Berkaitan
#Wan Rosdy Wan Ismail
#UMNO
#PAU 2025
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan