KUALA LUMPUR: UMNO harus terima dan hidup dengan kenyataan bahawa parti itu telah tewas dengan dahsyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, keputusan PRU15 harus membuatkan ahli UMNO sedar, tidak dabik dada, bercakap dan berhujah dalam penafian.
Tegasnya, UMNO juga tidak boleh berlagak seolah-olah parti itu keramat dan sangat kukuh sedangkan ditolak oleh rakyat Malaysia.
“Maka, bersandarkan realiti dan kedudukan, bahawa kita telah tewas, maka kepimpinan UMNO telah melakukan ijtihad politik, untuk bersama Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Perpaduan.
“Kerana kita menyedari betapa kecilnya pengaruh kita di mata pengundi. Dan untuk survival UMNO, kita mesti mencari jalan menjadi sebahagian dari Kerajaan.
“Dengan kehendak Allah, UMNO dan BN yang cuma mempunyai 30 kerusi, ditakdirkan menjadi penentu dalam penubuhan kerajaan,” katanya.
Tambah beliau, UMNO, di sebalik kekalahannya, mempunyai kesempatan yang unik untuk memainkan peranan kritikal dalam penyelesaian kecelaruan politik pasca-PRU.
“Justeru, sangatlah penting untuk UMNO mempertahankan Kerajaan Perpaduan ini. Kerana kita adalah ‘rumus’ yang menjelmakan jawapan kepada kecelaruan politik tanah air, pada waktu itu,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di Kuala Lumpur pada Rabu malam.
Dalam pada itu, Mohamad juga mengajak semual ahli membelakangkan segala perbezaan, mengetepikan segala emosi, dan memperbaharui setiakawan demi UMNO, Malaysia dan bangsa Melayu.
“Ketepikan segala apa jua kemarahan, dendam, luka dan nestapa.
“Akhirnya, di mana ada manfaatnya, semua kemarahan, kebencian dan perbezaan tersebut untuk bangsa dan parti?
“Jangan musnahkan UMNO dengan amarah, dan dendam kesumat kita, hanya kerana cita-cita peribadi kita terkandas.
“Segala sindir menyindir di media umum wajar dihentikan. Perbuatan ini tidak ubah seperti menepuk air ke dulang, terpercik ke muka sendiri,” tegas beliau.
Katanya lagi, jika ada kritikan, meskipun bernas, ia haruslah disalurkan melalui medium dalaman.
“Masalah parti, kita selesaikan dengan cara parti,” katanya.
Ridauddin Daud
Wed Jun 07 2023

Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, keputusan PRU15 harus membuatkan ahli UMNO sedar, tidak dabik dada, bercakap dan berhujah dalam penafian. - Astro AWANI/Shahir Omar
Pesta Kanowit 2023 tarik penyertaan masyarakat luar
Pesta Kanowit 2023 tampil dengan pelbagai program menarik termasuk perlumbaan bot laju yang menarik 120 penyertaan termasuk dari Brunei Darussalam.
Penerbangan langsung Kuching-Kota Bharu bakal tingkatkan sektor pelancongan Sarawak, Kelantan
Kewujudan semula sektor penerbangan langsung Kuching-Kota Bharu oleh syarikat penerbangan Air Asia diyakini merapatkan lagi hubungan antara Sarawak dan Kelantan, terutama dari sudut pelancongan.
251 bakal mahasiswa Lahad Datu terima wang pendahulun pinjaman PTPTN
Di Lahad Datu, seramai 251 orang pelajar telah menerima wang pendahuluan pinjaman (WPP) PTPTN berjumlah RM1500 sebagai perbelanjaan persiapan awal pelajar bagi memasuki IPT.
KUSKOP maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud, mohon peruntukan Belanjawan 2024
Menteri Pembanbgunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick ambil maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud dan tamu lain seluruh negara dan telah memohon peruntukan di bawah Belanjawan 2024 bagi menyelesaikannya.
Realiti Tamu Kota Belud, serba daif, pengunjung makin kurang
Peniaga Tamu Kota Belud hampir patah semangat mengenangkan nasib mereka yang terpaksa mencari sesuap nasi di tapak niaga yang serba daif dan kurang pengunjung sejak empat tahun lalu.
Banjir Limbang: PPS Dewan Masyarakat Medamit ditutup
Setakat jam tiga petang Ahad mangsa banjir yang ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Buluh Balui, Limbang menyusut kepada 11 orang berbanding 16 pada 12 tengah hari.
19 penghuni tiga rumah di Kg Nangka tinggal sehelai sepinggang
Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran dI Kampung Nangka, Sibu pada Ahad.

2 ditahan disyaki terlibat pergaduhan di Desaru International Bike Week
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, malam tadi.

6,449 suri rumah mencarum SKSSR di Melaka
Seramai 6,449 suri rumah di Melaka mencarum di bawah SKSSR Perkeso sehingga 10 Sept lepas.

Polis tahan sembilan individu cuba lakukan penerokaan REE di Sik
Polis menahan sembilan lelaki yang cuba meneroka unsur nadir bumi (REE) di kawasan Kompartment 35, Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik pada 14 Sept lepas.

UMNO tak pecat Isham Jalil - Ahmad Maslan
Kenyataan yang dikeluarkan UMNO juga sebaliknya hanya menumpukan mengenai soal mengukuhkan kerjasama bersama rakan-rakan parti komponen.

Tiada isu babit pemecatan ahli dibincang dalam Mesyuarat MT UMNO - Asyraf
Isu itu tidak timbul kerana keputusan Kerajaan Perpaduan sudah dibuat pada 23 Nov 2022, itu keputusan parti oleh Majlis Tertinggi.

'Itu Isham Jalil yang cakap, bukan UMNO' - Loke
Anthony Loke menyifatkan cadangan supaya UMNO bertanding sendiri dalam pilihan raya tanpa PH hanyalah pendapat peribadi Isham Jalil.

Mungkin ada lagi ahli UMNO akan dipecat, termasuk saya - Isham Jalil
Katanya, tindakan itu dipercayai kerana ada ahli parti yang didakwa lantang mengkritik keputusan kepimpinan UMNO untuk bersama PH.

Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam terhadap Ismail Sabri, kerajaan bermula 9 Okt
Kes Lokman Adam yang didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan diteruskan 9 Oktober.

Jangan manipulasi kehadiran saya pada Persidangan Tahunan DAP - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kehadiran beliau pada Persidangan Tahunan DAP 2023 hari ini tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.

DNAA Ahmad Zahid: Kerajaan tiada kuasa pengaruh keputusan mahkamah - Tok Mat
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia sebaliknya merupakan kuasa penuh mahkamah untuk menentukan tindakan sewajarnya.

Keputusan kes Zahid mampu kembalikan sokongan Melayu, Cina kepada BN - Bastien
Keputusan melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid sepatutnya mengubah landskap sokongan kaum Cina kepada gabungan itu.

UMNO didakwa 'sucikan' perjuangan Malaysia Malaysian DAP - Idris
Datuk Idris Ahmad mendakwa pemimpin UMNO yang sebelum ini keras dan lantang menentang konsep Malaysia Malaysian kini seakan 'mensucikan' perjuangan DAP itu.

UMNO dari awal yakin Ahmad Zahid mangsa pendakwaan politik
UMNO berharap titik hitam di dalam sejarah perundangan negara sehingga sistem dan institusi keadilan didakwa diperalatkan mesti dinoktahkan.