KUALA LUMPUR:UMNO dinasihatkan supaya tidak memilih jalan yang merugikan parti Melayu itu, sebaliknya perlu tetap berpegang pada prinsip toleransi, kesatuan dan kesetiaan.
Selain itu, Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ahli UMNO jangan sesekali berasa selesa sehingga mengulangi kesilapan lampau.
"Apatah lagi hari ini kita telah kembali menduduki tampuk kuasa pemerintahan kerajaan. Saya bimbang, keselesaan akhirnya kembali menjerat kita, jika kita tidak berwaspada.
"Tahun lepas sahaja, kita telah melalui tempoh yang cukup menduga, yang sekali lagi menguji diri kita sebagai pejuang parti.
"Menguji kesabaran, menguji kesetiaan, menguji kebijaksanaan dan paling penting menguji keikhlasan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong, pada Ahad.
Jelas beliau lagi, UMNO berdepan dengan tekanan dari peringkat dalam dan luar sejak kembali menganggotai kerajaan.
Antara cabaran tersebut termasuk usaha mengekang penularan COVID-19, selain sesi sidang Parlimen yang cukup mendebarkan serta ke arah menuju pilihan raya akan datang.
"Pendek kata, tidak ada walau sehari pun yang meletakkan kita dalam keadaan selesa dan selamat.
"Setiap hari menuntut kita untuk melakukan yang lebih baik, penuh hikmah dan kebertanggungjawaban," ujarnya.
Justeru, Hishammuddin yang juga Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), berkata kekhilafan lalu yang menyebabkan parti itu tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) perlu dijadikan pengajaran.
"Janganlah kita terpaksa melalui peristiwa hitam itu sekali lagi. Hari ini suasana dalam parti jauh lebih baik berbanding sewaktu kita mula-mula tewas dahulu.
"Hari ini, yang setia dan berjiwa besar telah memilih untuk kekal beristiqamah berjuang bersama parti. Semangat kita sudah semakin pulih. Kesatuan antara kita juga sudah semakin baik," ujar beliau.
Hasimi Muhamad
Sun Jan 03 2021
UMNO dinasihatkan supaya tidak memilih jalan yang merugikan parti Melayu itu, sebaliknya perlu tetap berpegang pada prinsip toleransi, kesatuan dan kesetiaan. - Astro AWANI
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).