awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan

UMNO Kelantan perlu rangka strategi bijaksana, raih sokongan anak muda - Shamsul Anuar

Bernama
Bernama
04/07/2025
22:00 MYT
UMNO Kelantan perlu rangka strategi bijaksana, raih sokongan anak muda - Shamsul Anuar
Shamsul Anuar berkata strategi khusus perlu dirangka untuk Kelantan dengan pendekatan berbeza daripada parti lain kerana landskap politik di negeri itu kini telah berubah. - Foto Facebook Shamsul Anuar
TUMPAT: UMNO Kelantan perlu tampil dengan strategi lebih bijaksana dan menawarkan alternatif terbaik berbanding pentadbiran kerajaan negeri sedia ada, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata UMNO juga perlu memberi tumpuan untuk menawan semula sokongan anak muda di negeri itu kerana golongan berkenaan adalah penentu masa depan negara.
Sehubungan itu, beliau meminta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO berganding bahu melaksanakan pendekatan sesuai dengan landskap politik semasa untuk meraih semula kepercayaan golongan muda.
"UMNO perlu mengembalikan semula kepimpinan parti itu, bukan sahaja di negeri ini tetapi turut memperkukuh pengaruh di luar Kelantan.
"Di samping itu, kita mesti terus mencari jalan untuk menawarkan agenda terbaik dalam usaha membasmi kemiskinan dan memperkukuh infrastruktur di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tumpat 2025 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di sini semalam.
Selain itu, Shamsul Anuar yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata strategi khusus perlu dirangka untuk Kelantan dengan pendekatan berbeza daripada parti lain kerana landskap politik di negeri itu kini telah berubah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shamsul Anuar Nasarah
#UMNO
#Kelantan
#pengundi muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.