awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen diberi tumpuan utama - Tiong King Sing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Kelantan tetap desak PM letak jawatan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
02/08/2021
07:20 MYT
UMNO Kelantan tetap desak PM letak jawatan
Datuk Ahmad Jazlan berkata, kenyataan balas yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri sebagai menjawab kenyataan Istana Negara juga dilihat berbaur angkuh. - Gambar fail
KOTA BHARU: Badan Perhubungan UMNO Kelantan kesal dengan tindakan kerajaan yang didakwa melakukan penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Yang di-Pertuan Agong belum pun memperkenankan pembatalan semua Ordinan Darurat sebagaimana dakwaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat pada 26 Julai lalu.
Kata Ahmad Jazlan, Yang Dipertuan Agong jelas telah menitahkan supaya semua Ordinan Darurat tersebut dibahas dan diungkaikan di dalam Parlimen sebagaimana yang diperuntukkan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.
"Kegagalan melaksanakan Titah Yang di-Pertuan Agong merupakan satu bentuk penderhakaan yang nyata, sehinggakan Tuanku Yang di-Pertuan Agong sendiri terpaksa mengeluarkan warkah khas bagi menjelaskan lagi kronologi dan justifikasi pendirian baginda kepada Perdana Menteri" kata Ahmad Jazlan dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Justeru itu, Badan Perhubungan UMNO Kelantan berpendirian tegas mendesak PM Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan sejumlah 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kekal menyokong kerajaan pimpinan PM Muhyiddin.
Beliau mendedahkan perkara itu selepas mempengerusikan satu perjumpaan bersama 40 Ahli Parlimen BN pada Khamis lalu.
[INFOGRAFIK] Kronologi perdebatan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat
BACA: Mesyuarat Khas Parlimen: Ini kronologi perdebatan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat sejak 26 Julai 2021
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#Muhyiddin Yassin
#kerajaan
#derhaka
#letak jawatan
#Yang di-Pertuan Agong
#UMNO Kelantan
#Ordinan Darurat
#Ahmad Jazlan Yaakub
#Istana Negara
#pejabat perdana menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan