KUALA LUMPUR:UMNO kini diumpamakan ibarat sebuah parti yang lemas di kolam yang cetek, serta masih terkapai-kapai mencari haluan, selepas tewas pada Pilihan Raya Umum 2018, kata Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Ulung Shamsul Amri Baharuddin.
Dalam ruangan pendapat yang disiarkan oleh Sinar Harian hari ini, beliau berkata, kehilangan kuasa, keseluruhan organisasi UMNO mula terungkai dari atas hingga ke bawah, seperti si latah yang disergah menanggal pakaian satu demi satu.
Katanya lagi, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang sekian lamanya diibaratkan jantung dan otak UMNO, tidak berfungsi dengan baik, hingga mengakibatkan parti itu dikuasai pihak-pihak yang berkepentingan peribadi.
“Selepas PRU14, UMNO yang kini bersendirian mula terpecah kepada beberapa ‘kelompok strategik’ setiapnya diikat oleh kepentingan-kepentingan tertentu oleh para anggota dalam kelompok itu kerana pimpinan Pusat kian di MKT tidak terpusat, malah tidak keharuan.
“Di peringkat bahagian dan cawangan UMNO, seperti retak menanti belah, keadaan perselisihan pra-PRU14 menjana pecahan dalaman yang berserpihan. Ramai yang masih menjadi ahli berdaftar tetapi telah tidak mengundi UMNO atau BN dalam PRU14,” katanya lagi.
Shamsul berkata, UMNO merupakan parti yang cukup lama, tertubuh pada tahun 1946 di pekarangan istana sebagai suatu gabungan beberapa kumpulan sosial Melayu daripada golongan profesional, guru dan aktivis nasionalis yang anti-Malayan Union.
Menurutnya lagi, UMNO yang bakal menjejak usia 75 tahun pada bulan Mei ini, telah menjadi parti peneraju negara untuk lebih 60 tahun, dan seharusnya sudah matang, terutamanya para pemimpinnya, tetapi jelasnya tidak.
Shamsul berkata, MKT semakin lemah kerana Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), beberapa ahli MKT dan pimpinan utamanya kini terperangkap dalam ‘kluster mahkamah’.
“Apabila tamat riwayat kerajaan Pakatan Harapan, pada Februari 2020 dan muncul kerajaan Pakatan Nasional (PN), apa yang tinggal pada UMNO, yang kini telah bersama Pas membentuk Muafakat Nasional (MN), seolah-olah diberi ‘nyawa kedua.’ Mereka jadi sebahagian daripada kerajaan tapi tanpa sebarang taring.
“Dulu, semua menteri UMNO adalah ahli MKT. Kuasa UMNO dengan itu terpusat di MKT. Malah banyak dasar kerajaan tercetus di MKT dan akhirnya dilaksanakan,” katanya lagi.
Shamsul berkata, jurang antara elit UMNO dan akar umbi UMNO jauh sekali dan tak mudah dirapatkan.
“Biduk lalu, kiambang sudah tidak bertaup lagi. MKT tidak berani membuat sebarang keputusan setelah 189 UMNO bahagian menolak kerjasama dengan Bersatu.
“Bila MKT lemah, jurangnya dengan UMNO bahagian dan akar umbi sungguh melebar dan para wakil rakyat UMNO di Parlimen dan ADUN pula kebanyakan membisu, maka satu-satunya jalan keluar adalah mengadakan Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Jan 13 2021

Shamsul berkata, MKT UMNO kini tidak berfungsi dengan baik, hingga mengakibatkan parti itu dikuasai pihak-pihak yang berkepentingan peribadi- - Gambar fail

Najib dalang surat 'sembah derhaka' UMNO kepada Agong - Sumber
Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi dalang kepada usaha UMNO yang mahukan Ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan supaya sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.

COVID-19 | Kisah Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Felda beli 41 juta saham FGV daripada pasaran terbuka
FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata saham itu dibeli pada RM1.30 sesaham semalam (Isnin).

i-Sinar: Kerajaan perlu kaji semula had pengeluaran - Pensyarah
Kerajaan disarankan agar mempertimbangkan semula kadar had pengeluaran bagi inisiatif i-sinar.

118 pekerja Pasar Borong KL disahkan positif COVID-19
Daripada jumlah tersebut, 31 pekerja melibatkan bahagian sayur, manakala 87 lagi di bahagian ikan.

COVID-19 | Kuarantin pesakit COVID-19 di rumah, langkah terbaik?

PERMAI | Pemandu teksi bersyukur terima one-off RM500
Pemberian secara ''one-off" sebanyak RM500 kepada pemandu teksi disambut dengan kegembiraan dan rasa syukur lebih 100 pemandu teksi di Kedah. Rata-rata golongan B40 ini dapat menarik helah kelegaan dengan pemberian oleh kerajaan ini sedikit sebanyak meringankan beban berdepan impak COVID-19.

PERMAI | Subsidi ujian COVID-19, PPE kepada klinik swasta
Menerusi subsidi tersebut, Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) Dr Suhaily Mohd Hairon berkata, harga ujian saringan COVID-19 dapat dikurangkan sekali gus mampu menggalakkan lebih ramai individu untuk melakukan ujian saringan berkenaan.

Hasil siasatan awal nahas Sriwijaya Air diumum Februari ini
Laporan awal hasil siasatan pesawat Sriwijaya Air yang terhempas 9 Jan lepas, dijangka diumumkan Febuari ini.

Harimau Malaya boleh adakan kem latihan pusat secara kuarantin - KBS
Skuad Harimau Malaya boleh menarik lafas lega apabila KBS membenarkan mereka mengadakan latihan pusat menggunakan pendekatan kuarantin di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.

Najib dalang surat 'sembah derhaka' UMNO kepada Agong - Sumber
Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi dalang kepada usaha UMNO yang mahukan Ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan supaya sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.

Surat Ahmad Maslan cubaan derhaka kepada Agong - Annuar
Annuar mendakwa Ahmad mengahantar surat kepadanya supaya menggesa Yang di-Pertuan Agong perkenan untuk diadakan sidang Parlimen dalam masa terdekat.

Pemimpin Melayu perlu lupakan perbalahan politik - Syed Ali
Sudah sampai masanya pemimpin politik yang mewakili kelompok Melayu 'duduk semeja' mencari jalan untuk memperbaiki keretakan perpaduan kaum sendiri.

Perhimpunan Agung UMNO ditangguh, pemilihan parti diteruskan
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO akan ditentukan kemudian.

Menantu lelaki Noh Omar positif COVID-19
Menurut Noh Omar, menantu lelakinya itu tinggal bersama dengannya.

Annuar Musa saran Zahid Hamidi pimpin UMNO hingga tamat penggal
Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk disarankan supaya berehat memimpin parti itu dengan rasa hormat.

Gantung Perlembagaan tidak bantu pulihkan COVID-19 - Mohamad Hasan
Mohamad berpendapat mengisytiharkan darurat kesihatan dan memperkenalkan ordinan khusus bagi tujuan tersebut merupakan langkah terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan.

Segera adakan pemilihan parti - Pemuda UMNO Kota Raja
Menurutnya, pemilihan segera perlu dilakukan agar hala tuju parti dapat ditentukan oleh mereka yang dipilih.

"UMNO kini sudah berpecah tiga" - Annuar Musa
Perpecahan UMNO kepada tiga terdiri daripada kelompok kumpulan yang tolak Bersatu, yang berada di tengah-tengah dan yang terima Bersatu.

Biar dilabel 'tali barut' Bersatu, Annuar Musa kekal pertahan UMNO
Pihak yang sengaja melemparkan tuduhan beliau tali barut Bersatu mempunyai agenda peribadi yang tersendiri, tegas Annuar Musa.