UMNO memohon maaf kepada petugas media Pahang yang membuat liputan Konvensyen UMNO negeri itu baru-baru ini yang didakwa diusir keluar daripada majlis itu.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa berkata petugas media adalah golongan profesional dan seharusnya mereka diberi ruang untuk menjalankan tugas secara profesional.
"Saya bagi pihak UMNO Malaysia, memohon maaf kepada kawan-kawan (petugas media) yang bertugas pada hari itu yang terasa hati dengan insiden tersebut.
"Walaupun ini adalah soal UMNO Pahang, tetapi majlis itu adalah majlis parti dan saya sebagai ketua penerangan, sudah tentu saya tidak gembira dengan apa yang berlaku," katanya dalam catatan di laman rasmi parti itu, umno-online.my hari ini.
Sebelum ini, insiden petugas media yang didakwa diusir keluar daripada majlis itu menjadi viral dan mendapat perhatian Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) yang mendesak permohonan maaf daripada UMNO Pahang.
Sambil melahirkan rasa dukacita dengan apa yang berlaku, Annuar berkata parti itu sangat memerlukan kerjasama daripada media dan faham bahawa mereka adalah golongan profesional yang mempunyai tugas untuk dilaksanakan.
"Tetapi kadang kala sebagai manusia biasa, mungkin ada tersasul atau tersilap di sana sini," katanya sambil berharap isu itu tidak dipanjangkan selain akan berusaha mencari jalan supaya ia dapat diselesaikan dengan baik.
Menjelaskan lanjut, Annuar berkata majlis berkenaan yang dihadiri Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin adalah sebuah majlis tertutup, namun pada upacara penutupannya berlaku sedikit salah faham antara UMNO Pahang dan petugas media.
"Memang majlis itu adalah majlis tertutup dan petugas media tidak mengganggunya, namun difahamkan ia tidak lagi tertutup pada acara penutupannya kerana ada jemputan terhadap media.
"Jadi wartawan tidak ada buat silap. Tetapi mungkin pada waktu itu berlaku sedikit salah faham sehingga ada kata-kata yang tidak enak didengar dan menyinggung perasaan para wartawan. Saya harap ini sebahagian yang berlaku sekali sekala dalam kehidupan kita sebagai manusia.
"Sebenarnya rakan-rakan media dan UMNO bagi saya berpisah tiada. Seawal perjuangan menuntut kemerdekaan hubungan rakan-rakan media dan UMNO telah pun wujud," katanya. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 22 2016
ANNUAR: "Saya bagi pihak UMNO Malaysia, memohon maaf kepada kawan-kawan (petugas media) yang bertugas pada hari itu yang terasa hati dengan insiden tersebut." - Gambar fail
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Laluan peringkat ke-4 LTdL 2024 diubah
Perubahan laluan itu diputuskan apabila penganjur melengkapkan tinjauan laluan baharu setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
Suara Rakyat: Akaun Fleksibel tampung keperluan hidup
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Pulau Pinang memilih untuk melakukan pemindahan wang daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel akibat kos sara hidup yang tinggi.
1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
Faisal Halim teringin makan nasi kandar
KEADAAN pemain Selangor FC, Faisal Halim semakin bertambah positif termasuk sudah teringin untuk menikmati nasi kandar.
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.