TANJUNG KARANG: UMNO dan Pas Selangor akan memastikan tiada pertembungan sesama mereka di negeri ini ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata pembahagian kerusi telah dibincang secara dasar oleh kedua-dua parti itu di peringkat negeri sebelum tertubuhnya Perikatan Nasional lagi.
"Kalau UMNO bertanding di Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) kena ada Pas dan sebaliknya dan elak bertembung satu sama lain," katanya pada sidang akhbar dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Tanjung Karang di sini hari ini.
Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata pihaknya berharap tindakan itu akan mendapat restu daripada pucuk pimpinan parti masing-masing dengan sasaran memenangi lebih 30 daripada 56 kerusi DUN di Selangor pada PRU15 nanti.
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata di Selangor, musuh politik bagi Pas dan UMNO adalah Pakatan Harapan (PH).
"Realitinya pada PRU14, UMNO ada pengundi asas sendiri dan begitu juga Pas. Kebersamaan dan muafakat ini kalau ditunjukkan kepada rakyat, kita boleh jatuhkan PH. Kalau bertembung tiga penjuru, tidak akan ke mana," katanya.
Ketika ditanya sama ada Pas bersedia bertembung dengan Bersatu di Selangor, beliau menjelaskan perkara itu adalah keputusan peringkat pimpinan tertinggi parti itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 07 2022
Noh berkata pembahagian kerusi telah dibincang secara dasar oleh kedua-dua parti itu di peringkat negeri sebelum tertubuhnya Perikatan Nasional lagi. - Foto BERNAMA
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Industri permainan video Malaysia dijangka catat hasil AS$649 juta tahun ini
Pencapaian dalam bidang ini memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, dalam dan luar negara.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Kutipan awal filem Sheriff: Narko Integriti cecah lebih RM1 juta
Syafiq yang dilabel sebagai ‘Raja Plot Twist’ oleh penggemar filem di Malaysia pastinya tidak akan menghampakan penonton dengan jalan cerita yang penuh teka-teki.
Sanusi cadang PN ketengah calon Melayu di Kuala Kubu Baharu
Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau akan membawa cadangan supaya gabungan itu mempertaruhkan calon Melayu bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Perkembangan semasa letusan Gunung Ruang
Ketua Biro Kompas TV Manado, Susan Margaret membawakan perkembangan terkini letusan Gunung Ruang di Indonesia.
Kerajaan guna 'delay tactic' elak PRK di enam Parlimen - Noh
Kerajaan akan menggunakan 'delay tactic' untuk memastikan enam Ahli Parlimen daripada Bersatu yang menyokong Perdana Menteri tidak dilucutkan jawatan bagi memberi laluan kepada PRK.
'Saya belum sertai mana-mana parti politik' - Noh
Tan Sri Noh Omar menegaskan belum menyertai mana-mana parti politik, namun mengaku hanya menyokong Perikatan Nasional (PN).
'Datang tak menambah, pergi tak mengurang' - Noh
Rata-rata rakyat di Tanjong Karang sering mengeluh kerana sukar bertemu dengan Zulkafperi selepas menang dalam PRU15 lalu.
PRN: Satu lawan satu, PN boleh menang di 33 kerusi majoriti Melayu - Noh Omar
Kemenangan di kerusi 'satu lawan satu' bergantung kepada peratusan pengundi Melayu yang keluar mengundi, selain sokongan daripada pengundi bukan Melayu.
PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
Noh Omar sah tak tanding PRN Selangor
Tan Sri Noh Omar, mengesahkan dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Noh buat kejutan hadir majlis Aidilfitri PN
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar membuat kejutan apabila hadir di Majlis Silaturrahmi Aidilfitri ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham.
UMNO Tanjong Karang sedia pertahan kubu kuat, lawan Noh Omar
Katanya, UMNO bukan sahaja bersedia berdepan dengan Noh malah dengan mana-mana parti yang tidak sealiran dengan perjuangan BN.
Noh yang sebenarnya kaki bodek - Isham
Isham Jalil membidas kenyataan bekas pemimpin parti itu, Tan Sri Noh Omar yang mendakwa UMNO kini hanya tinggal kaki bodek, kalah dalam pemilihan ketua bahagian dan cawangan.