awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan di Segamat

Bernama
Bernama
04/08/2025
14:30 MYT
Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan di Segamat
Abd Rahim Taufik berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.46 tengah hari dan jentera FRT dengan enam anggota dikerah ke lokasi kejadian. - Gambar JBPM
SEGAMAT: Pasangan suami isteri maut setelah kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang elektrik di KM13 Jalan Segamat-Kuantan, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata kemalangan itu membabitkan kereta jenis Ford Mustang yang dipandu lelaki tempatan yang dalam perjalanan menghala ke Segamat.
Beliau berkata setibanya di lokasi kejadian kereta itu hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar tiang elektrik, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dilakukan serta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Segamat Pegawai Bomba Kanan (PBK) Abd Rahim Taufik berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.46 tengah hari dan jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan enam anggota dikerah ke lokasi kejadian.
"Sejurus tiba di lokasi kejadian, pasukan keluaran operasi mendapati terdapat dua mangsa berada di dalam kereta dan bertindak mengeluarkan kesemua mangsa dengan menggunakan peralatan khas.
"Mangsa Mohd Izuddin Harmaini, 51, dan Nur Syamimi Rosli, 36, disahkan meninggal dunia," katanya sambil menambah mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 3.36 petang
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suami isteri
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Fire Rescue Tender
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami