UMNO perlu terus menjadi tunjang kepada kerajaan pemerintah yang ada sehingga hari ini, kata Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Jangan kuburkan UMNO dan parti ini perlu kita kekalkan untuk terus menjadi kerajaan yang memerintah sehingga hari ini," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata sebelum ini, anggota parti itu telah berjaya mempertahankan UMNO dalam apa jua keadaan dan beliau yakin mereka akan terus membela parti itu.
Beliau berkata apa yang penting adalah melihat negara terus makmur dan iklim ekonomi negara terpelihara dalam keadaan baik.
Katanya walau apapun yang berlaku, martabat UMNO perlu dimuliakan kerana ia merupakan tunjang kepada kejayaan parti.
"Kita sudah meletak UMNO di tempat yang tinggi dan kita sudah boleh berbangga menjadi rakyat Malaysia," katanya.
Bernama
Sat Aug 08 2015
MUHYIDDIN: Jangan kuburkan UMNO dan parti ini perlu kita kekalkan untuk terus menjadi kerajaan yang memerintah sehingga hari ini. -Gambar fail
PM Anwar ulas isu semasa sepanjang 17 bulan mentadbir Malaysia
Saksikan Program Soal Jawab bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Saluran 501 dan semua platform media sosial Astro AWANI
Madinah dilanda bah teruk
Banjir kilat yang bermula pada Isnin melanda wilayah Al-Ula dan Madinah dengan menyaksikan kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras.
Usah terlalu bergantung kepada beras import, Sabah perlu tingkat SSL - Hajiji
Pada 17 April lepas, Kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah bagi memacu usaha itu.
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.
AWANI Ringkas: Bela nasib pekerja | Gaji penjawat awam bakal diperincikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
3 terbunuh serangan peluru berpandu Rusia
Serangan turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur awam.
UMNO perlu terus jadi tunjang kepada kerajaan memerintah - Muhyiddin
UMNO perlu terus menjadi tunjang kepada kerajaan pemerintah yang ada sehingga hari ini, kata Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.