awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Putrajaya bantah 'bak kut teh' disenarai makanan warisan negara

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
10/03/2024
08:50 MYT
UMNO Putrajaya bantah 'bak kut teh' disenarai makanan warisan negara
Tengku Muhammed Hafiz berkata, UMNO Putrajaya berpendapat kerajaan seharusnya meneliti dan mengambil kira sensitiviti kaum dan agama sebelum membuat sebarang keputusan atau polisi penting. - Foto UMNO Putrajaya
PUTRAJAYA: UMNO Bahagian Putrajaya membantah tindakan kerajaan yang menyenaraikan 'bak kut teh' sebagai makanan warisan negara.
Ketua Penerangannya, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan berkata, UMNO Putrajaya berpendapat kerajaan seharusnya meneliti dan mengambil kira sensitiviti kaum dan agama sebelum membuat sebarang keputusan atau polisi penting.
Menurutnya, itu adalah antara beberapa perkara diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Ahad.
Mesyuarat itu juga sebulat suara bersetuju dengan saranan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia agar kerajaan membuka kembali ruang dialog nasional bagi meneroka wawasan baharu ke arah integrasi pendidikan negara.
Menurut Tengku Muhammed Hafiz, UMNO Putrajaya berpendapat saranan Dr Muhamad Akmal Saleh tersebut wajar diperhalusi.
“Sejarah pembentukan negara yang dibina bersandarkan perpaduan dalam kepelbagaian semakin pudar dalam kalangan generasi baharu.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita wajib mempertahankan keharmonian dan kemakmuran yang diwariskan oleh bapa-bapa perjuangan terdahulu,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan mesyuarat juga mahu kerajaan menyiasat hasil dapatan oleh Profesor Teo Kok Seong yang menyebut mendakwa masalah sekolah vernakular yang menjadi penghalang kepada perpaduan negara dan kaum.
“Setelah lebih 60 tahun negara merdeka, tidak sepatutnya berlaku perkara sedemikian.
“Sekolah seharusnya menjadi tempat untuk kita mendidik anak bangsa kita menjadi warganegara yang baik, bukan menjadi tempat pemecah belah atau melahirkan pelajar yang memandang hina kepada kaum lain,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#UMNO Putrajaya
#bak kut teh
#warisan negara
#Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan