awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Seremban nafi hantar notis bantahan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/01/2023
05:13 MYT
UMNO Seremban nafi hantar notis bantahan
dua ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus dan Seremban mendakwa UMNO melanggar Perlembagaan parti pada Perhimpunan Agung (PAU) yang lalu. - Sinar Harian
SEREMBAN: UMNO Bahagian Seremban nafi terlibat dengan tindakan seorang ahlinya yang menghantar notis bantahan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
Ketuanya, Mustafa Salim berkata, pihaknya tidak pernah membuat apa-apa bantahan dan laporan berkaitan usul tersebut.
"Kita juga telah sebulat suara menyokong usul yang dibawa oleh perwakilan daripada Rembau yang mewakili UMNO Negeri Sembilan supaya jawatan itu tidak dipertandingkan.
"Jadi tak timbul isu kita tidak bersetuju dan saya nak tegaskan tindakan Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom itu adalah tindakan peribadi dia, bukannya mewakili UMNO Seremban," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
BACA: Notis bantahan keputusan PAU 2022 tepat dan berani - KJ
Menurutnya, UMNO Seremban memilih untuk menghormati apa yang telah diputuskan oleh parti kerana usul jawatan tertinggi tersebut tidak dipertandingkan telah mendapat sokongan lebih 90 peratus perwakilan.
Bagaimanapun beliau tidak menafikan ada dalam kalangan ahli yang tidak bersetuju.
"Tapi sebagai ahli parti, kita perlu akur dengan suara majoriti dan tidak sepatutnya bertindak sesuka hati menyatakan bantahan.
"Muhammad Fiqri itu pula hanya ahli biasa dan banyak terlibat dengan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) dan merupakan penyokong kuat bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar," katanya.
Sehubungan itu beliau akan berbincang dengan Biro Politik Seremban untuk mengambil tindakan terhadap Muhammad Fiqri kerana dia sepatutnya merujuk ketidakpuasan itu Kepada UMNO Bahagian Seremban, bukannya mengambil tindakan melulu.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, dua ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus dan Seremban mendakwa UMNO melanggar Perlembagaan parti pada Perhimpunan Agung (PAU) yang lalu. — Sinar Harian
Topic Berkaitan
#UMNO Seremban
#PAU2022
#ros
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan