awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO tak boleh duduk di 'second fiddle' terlalu lama - Shahril Hamdan

Farhana Joni
Farhana Joni
04/12/2020
15:56 MYT
UMNO tak boleh duduk di 'second fiddle' terlalu lama - Shahril Hamdan
Shahril Hamdan dan Wan Saiful Wan Jan dalam Dialog UMNO Bersatu mengupas mengenai hubungan antara dua parti tersebut serta kemelut politik Perak. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Orang UMNO, sama ada yang progresif mahupun konservatif tidak boleh berada pada kedudukan second fiddle atau tempat kedua pada tempoh yang lama.
Demikian penjelasan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mengenai hubungan politik yang dijalinkan antara parti tersebut dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Jelas beliau, perasaan itu bagaimanapun bukan bermakna UMNO tidak memikirkan tentang rakyat, polisi dan dasar.
"Kekuatan asas UMNO merupakan aset yang tidak boleh dinafikan, walaupun kita perlukan undi atas pagar, tetapi apaibla undi itu berpecah-belah, siapa yang ada kekuatan asas paling besar, dia adalah parti yang mempunyai aset yang paling besar.
"Jadi, walaupun kita membawa kepada lembaran poilitik baharu, ada perkara tertentu, saya harap rakan saya dalam Pas dan Bersatu boleh hormati dengan pendirian UMNO ini.
"Tidaklah bermaksud kita akan buli, tapi akan ada beberapa perkara yang kita akan pohon mencerminkan kedudukan dominan UMNO ini," katanya.
"UMNO tak boleh duduk second fiddle terlalu lama"- Ketua Penerangan UMNO, @ShahrilHamdan#NormaBaharu #PolitikPerak #HapusCOVID19 pic.twitter.com/3uoc7oumLm
— Astro AWANI (@501Awani) December 4, 2020
Beliau berkata demikian dalam Program Dialog UMNO-Bersatu yang disiarkan di saluran 501 pada Jumaat.
Dalam perkembangan sama, Shahril Hamdan berkata, situasi yang berlaku di Perak pada Jumaat merupakan peluang kepada Bersatu untuk mengangkat Menteri Besar dalam kalangan UMNO.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Pemimpin PH menghadap Sultan Perak: Apa bakal jadi esok?
"Sebelum ini ADUN UMNO lebih ramai dalam sidang DUN Perak dan Ahli Parlimen UMNO lebih ramai dalam Dewan Rakyat, boleh mengangkat MB dan PM daripada Bersatu, ini peluang kepada Bersatu," katanya.
Topic Berkaitan
#Shahril Hamdan
#Ketua Penerangan UMNO
#Dialog UMNO-Bersatu
#UMNO
#second fiddle
#tempat kedua
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan